Wednesday, November 24, 2004

Jemputan Menulis Untuk GT3

PRATAYANG GT3

Gangguan Teksual 3

1. Blue HIKARI: Sudah jadi kebiasaan, status bongsu Mak Usu buat dia liat disuruh itu dan ini. - http://www.bluehikari.com

2. Adi BERUANG: Ni ada saman sudah sampai rumah Gua... Date ngan masa saman ni kena time Lu pakai motor gua - http://akupunyapasal.rocks.it

3. Basrie DUGONG: Esok, Jumaat aku nak balik kampunglah cari bomoh - http://basrie.tk

4. Naga ORIGAMI: ...tidaklah boleh terlihat dek aku tentang sebahagian daripada pangkal **** **** dari celah-celah bukaan kolar baju seragam mereka. - http://sinaganaga.blogspot.com/ (**** **** tidak ditapis dalam GT3 nanti)

5. Lady EMI: Saya tengah kelentong sepupu-sepupu saya dengan citer antu. - http://realiti.blogdrive.com

6. Mop LANTAI: BATUK bukan BATOK. Betul tak? http://moplantai.com

7. Walid W4LYD: Perbualan yang pada aku lebih kepada 'ayat-ayat memancing. - http://walids.blogspot.com/

8. Op KETEK2: Sebab dia bukan orang sini, sungai itu tidak kenal dia. - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com

9. Ir WANDY: Ada banyak hantu bungkus, hantu pocong dan hantu langsuir merayau-rayau kat situ. - http://www.irwandy.com

10. Amyz 93: Sedang asyik bercakap dengan tunang tersayang, dia terasa satu yang tak best. - http://amyz93.cjb.net

11. Ayares 151: Aduhai... inikah makhluk yang terlalu emosional? - http://ayares151.blogspot.com

12. Ahsuez ANI: Rupa-rupanya ada sekumpulan budak with the leader aged 7-8 carrying a chainsaw! - http://ahsuez.blogdrive.com

13. Tok RIMAU: TV dan pemain video aku dipulangkan oleh ibu kepada perompak yang tinggal ditingkat 10 tetapi barang kemas isteri dan anak aku telah langsai digadai. - http://www.danchan.com/weblog/harimauj



PEMBELIAN/TEMPAHAN
Harga masih mahal seperti hari-hari biasa. RM5 untuk senaskah (50 mukasurat). Sementara stok masih ada. Estimated Circulation: 100 naskah sahaja. Jika stok habis, Tok kirim edisi yang berikutnya.

Sila hantar wang pos ke nama dan alamat agen tok seperti yang tertera di bawah. Jangan lupa bagi alamat ruamah anda. Tok TIADA akaun maybank2u atau mana-mana e-bank. Tok menyokong perjuangan posmen tempatan :)


..........
Adalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian dijemput menulis untuk zine Gangguan Teksual.

PERATURAN:
Kalau tidak rajin baca peraturan, sila lihat GAMBAR.

FORMAT:
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Pada header letak url weblog + pada footer letak e-mel penulis dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.

Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang had saiz kertas A4. Penyusun berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak ikut peraturan.

Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.

Hantar 100 helai guna Pos ekspres. Sertakan sampul Pos Ekspress beralamat sendiri untuk 5 naskah percuma milik penulis. Jika ada kemushkilan, sila tanya penulis2 sebelum ini. Lihat senarai dlm arkib.

PANDUAN TEMPLATE
Download Template dengan menekan butang kanan mouse. Save target as.


Panduan POS EKSPRESS:
Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan Pembeli
Size: 340 mm X 250 mm Price: RM7.00 Max weight allowed: 1kg
Size: 250 mm X 219 mm Price: RM6.00 Max weight allowed: 750gm
Size: 353mm X 250mm Price: RM4.00 Max weight allowed: 500gm (saiz paling sesuai untuk 100 helai kertas A4 ATAU 5 naskah GT)
Size: 229mm X 162mm Price: RM3.00 Max weight allowed: 200gm
Laman POS

APA PENULIS-PENULIS DAPAT DARI PROJEK INI
1. 5 naskah percuma
2. Promosi url weblog secara cetak
3. Hak untuk mencetak semula GT
4. Hak untuk mengedar dan menjual GT
5. Kepuasan dapat menurunkan tandatangan.

TANGGUNGJAWAB PENULIS
1. Menulis mengikut format dan syarat.
2. Memastikan ada ruang kelegaan untuk stapling.
3. Mengirim 100 set via Pos Ekspress (RM4)
4. Menyertakan sampul Pos Ekspress (RM4) beralamat sendiri untuk pemulangan 5 naskah percuma milik penulis.

TARIKH TUTUP: Tiada tarikh tutup. Cukup 13 penyertaan. Tok tutup penyertaan. Siapa cepat dia dapoat :) Yang lambat Tok pindahkan ke GT4 (Kalau rajin la).

ALAMAT SURAT MENYURAT (Jangan hantar polong pulak)
ghazali bunari
FPPSM,
81310 UTM Skudai
Johor

Monday, November 22, 2004

GT2 SOLD OUT!

GT2 yang ada pada Tok dah sold out. Nak beli sila tanya penulis/agen lain seperti yang tersenarai di bawah.

Wednesday, November 10, 2004

BELILAH GT 2

Signing GTs

Basrie menandatangan GT2 untuk peminat-peminatnya. :)

Sesiapa yang ingin memiliki Gangguan Teksual 2, boleh menghubungi penulis/agen yang tersenarai di bawah. Tok tidak ada akaun Maybank! Jika mahu membelinya dari Tok, sila kirim wang pos RM5 kepada agen Tok:

Ghazali Bunari, 53 J. Damai 9. Tmn. Damai. 81400 Senai. Johor. Malaysia.

Tok tidak mengambil wang dari pembaca luar negera. Barter trade. Tukar dengan apa-apa majalah Design/Fine Art dari negara tempat bermukim.

Friday, September 17, 2004

Artikel GT2 Mula Tiba

GT2 Cover - Draf Satu
Cover Page: Draf 2
Cover Design: http://sinaganaga.blogspot.com/

GT1 sudah selesai diedarkan kepada pengedar-pengedar. Terimakasih kepada penulis-penulis yang mengambil bahagian. Diharap tidak serik :). Artikel untuk GT2 mula tiba.

Pratayang GT2
1. "Isteri aku cakap beberapa tahun lalu ada seorang makcik yang mati akibat disondol babi hutan di kampung tu" - http://basrie.tk

2. "Kami ada kilang jahit bang. Kami tak jahit kat sini." - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com

3. "Saya tak pernah diet. Saya tak takut pada gemuk." - http://amyz.cjb.net

4. "Dia selalu suruh curi jualan emak." - http://www.danchan.com/weblog/cheura

5. "Den bagai nak pengsan bilo dongar yang den kantoi laie." - http://ayares151.blogspot.com

6. "Aku hanya ingat warna kuning api menerangi dunia aku dan bau hangus jambul aku terbakar. " - http://www.danchan.com/weblog/harimauj

7. "GRO pun sebut gila babun pada pelanggan yang lari tak bayar perkhidmatannya." - http://mahyudin.blogspot.com

8. " Jadi mungkin sekitar janm 12 tengahari, ada pelajar yang perasan keadaan pelik setelah air mula melimpah tak henti dari shower yang aku terkunci di dalamnya." - http://emmayeayea.diaryland.com

9. "Pernah dulu, seorang makcik tua yang aku anggap betul-betul tidak layak untuk melakukan kerja-kerja ini." - http://ayobkelubi.tripod.com

10. "Biar dia bawa coklat satu kontena untuk pujuk aku, aku tetap nak duduk di dapur." - http://geocities.com/deadkafka

11. "Semalam aku ada Rm100. Tapi semalam, lepas membeli 3 botol arak sebagai santapan berbuka, aku hanya tinggal ini..." dia berkata sambil menunjukan pada aku sekeping duit not RM10. - http://attok.cjb.net

12. "Ditendang ke sana ke mari, untuk dapat balik RM50 tu." - http://jongkang.blogspot.com

13. "Kau nak uji kesetiaan lelaki, kau bawa dia ber- shopping" - http://maxolon.tripod.com

14. "Amin belajar tinggi-tinggi dan lepas ni jadi tauke VCD." - http://kelambu.blogspot.com

15. [Posman sedang bawa. Jika 3/12/2004 jam 12 tgh tidak sampai maka artikel ini akan tertinggal] - http://bluehikari.com

16. "Namun begitu, aku bersyukur kerana aku masih berdiri tegak walaupun seperti manusia tanpa roh." - http://irwandy.blogdrive.com/

17. "Kenapa lama sangat baru dia nak bagi rehat?" - http://didiz.lasso.com.my/

GT Keluaran ini adalah edisi tebal.

Friday, September 10, 2004

Template GT v.2

Alluz,

Sekadar cadangan:

Untuk GT v.2 ni sila rujuk GT v.1 untuk belajar lebih
lanjut tentang susun atur helaian muka surat.

Kesukaran GT v.2 ni kerana ia tidak lagi memerlukan
muka surat untuk setiap helaian.

Jika dilihat pada GT v.1, contoh terbaik untuk susun
atur helaian muka surat ialah Rudy, Iza, Adi Beruang,
Nettbiru Air Laut, Ros, Fajar, Sultan Muzaffar dan Tok
Rimau.

Mat Jan dan Dr. Max berkongsi dan bertukar suka sama
suka untuk nombor muka surat.

Spyz dan aku pula menggunakan kelebihan dengan adanya
nombor muka surat untuk menyambungkan cerita yang
panjang.

Cara terbaik untuk susun atur GT v.2 ialah dengan
menggunakan pendekatan golongan pertama iaitu
memulakan cerita di helaian 1 (kiri, depan) dan
bersambung di muka 2 (kanan, belakang). Manakala
cerita kedua dimulakan di muka 3 (kiri, belakang) dan
diakhiri di muka 4 (kanan, depan)

Kanan nombor genap, dan kiri nombor ganjil. Cerita
dimulakan di nombor ganjil dan diakhiri di nombor
genap.

Semua dinasihatkan untuk tidak menggunakan saiz font
yang terlalu kecil. Walaupun saiz font 8 sepatutnya
adalah saiz standard, saiz 7.5 adalah saiz terkecil
yang boleh diterimapakai untuk memampatkan cerita
panjang dalam 2 muka surat.

Terima kasih.

=====
Welcome to my Sanctuary at http://geocities.com/deadkafka/



__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - Send 10MB messages!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Tuesday, September 07, 2004

Penulis GT 2.0 (Menyahut Seruan)

1. Nazmi
2. Adipujangga
3. Tok Rimau
4. Ayares
5. Rudy
6. Amyz
7. Basri
8. Spyz
9. Jigo
10.Adi Beruang
11. OPx
12. Emmayeayea
13.
14.
15.
16.
17.

Download Template untuk tulis kat sini.
Deadline: 1 Ramadhan

Muskil Tentang Templte?
da_amyz: pakai A4 ke letter?da_amyz: sorry.. banyak tanya pulak saya..
Tok Rimau: Mana-mana pun tak apa. Tapi biasanya akan timbul masalah.. kita set kat pc tak sama keluar dari dlm printer.sakit hati? sabar.Ambil hardware.Hardware gunting. Gunting kertas tu dan tampal atas kertas lain.
da_amyz: betul tu..
Tok Rimau: Pastikan ada 1 inci margin kanan dan kiri. 2 inci kat tengah utk ruang kelegaan stapling. Kalau amyz perasan dlm GT1, berterabur bahagian tengahnya.
da_amyz: tak kisah.. benda2 ni saya boleh adjust..

Tuesday, August 24, 2004

Jemputan Untuk Menulis GT 2.0

JEMPUTAN TERBUKA:
Sesiapa yang ingin terlibat dengan Gangguan Teksual
Versi 2.0 (GT 2.0.)

Format:
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Pada header letak url weblog + pada footer letak e-mel penulis dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.

Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang catatan. Namun begitu, GT2 memerlukan salah satu artikel itu menyebut Ramadhan atau Syawal kerana saya bercadang melancarkannya pada malam 7 likur. Penyusun berhak menolak mana-mana
penyertaan yang tidak ikut peraturan. Keutamaan diberikan kepada kandungan yang mengandungi:
1. makluburan 18sx dan 18pl
2. ledakan kemarahan, jujur berapi
3. keinsafan, kesedaran, motivasi
5. mengganggu fikiran pembaca
6. sinis lagi humor
7. Jimnastik Linguistik tahap dewa

Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.

Hantar 100 helai ke alamat dibawah (lagi bagus kalau guna Pos ekspres). Sertakan sampulsurat beralamat sendiri dgn stem untuk 5 naskah percuma milik penulis.


ghazali bunari
FPPSM,
81310 UTM Skudai
Johor

Panduan Stem:
Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan Pembeli
...........
1 naskah GT guna pos biasa = RM0.50
1 naskah GT Pos Ekspress = RM3.00
5 naskah GT guna pos biasa = RM3.00
100 helai kertas guna pos biasa = RM3.50
100 helai kertas Pos Ekspress = RM4.00
200 helai kertas Pos Ekspress =RM7.00

APA PENULIS-PENULIS DAPAT DARI PROJEK INI
1. 5 naskah percuma
2. Promosi url weblog secara cetak
3. Hak untuk mencetak semula GT
4. Hak untuk mengedar dan menjual GT
5. Kepuasan

=====
Perbincangan/ Forum GT 2.0

Gangguan Teksual masuk pasar


GT 1.0
Harga: RM5.00 + pos
Penyusun: Ghazali Bunari mel:harimauj(at)yahoo.com
Penulis: Geng Jurnal http://www.jurnal.biz
The Making of Gangguan Teksual V 1.0 Beta

Gangguan Teksual siap dijilid dan sudah mula masuk pasar. Spyz datang sendiri ambil naskahnya dengan tangan. Bahagian Jigo pun dia ambilkan. Jimat duit stem. Naskah-naskah lain akan dipos kepada pengedar hari ini.

JEMPUTAN TERBUKA:
Sesiapa yang ingin terlibat dengan Gangguan Teksual Versi 2.0 (GT 2.0.)

Laman Rasmi: http://gangguan.blogpot.com

Format:
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Tiada header + footer dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.

Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang catatan. Namun begitu, GT2 memerlukan salah satu artikel itu menyebut Ramadhan atau Syawal kerana saya bercadang melancarkannya pada malam 7 likur. Penyusun berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak ikut peraturan. Keutamaan diberikan kepada kandungan yang mengandungi:
1. makluburan 18sx dan 18pl
2. ledakan kemarahan, jujur berapi
3. keinsafan, kesedaran, motivasi
5. mengganggu fikiran pembaca
6. sinis lagi humor
7. Jimnastik Linguistik tahap dewa

Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.

Hantar 100 helai ke alamat dibawah (lagi bagus kalau guna Posekspres). Sertakan sampulsurat beralamat sendiri dgn stem untuk 5 naskah percuma milik penulis.

Penulis yang terlibat berhak buat membuat salinan semula GT untuk tujuan komersial.


ghazali bunari
FPPSM,
81310 UTM Skudai
Johor

Panduan Stem:
Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan Pembeli
...........
1 naskah GT guna pos biasa = RM0.50
1 naskah GT Pos Ekspress = RM3.00
5 naskah GT guna pos biasa = RM3.00
100 helai kertas guna pos biasa = RM3.50
100 helai kertas Pos Ekspress = RM4.00
200 helai kertas Pos Ekspress =RM7.00

Thursday, August 12, 2004

Soalan Dari ayob Kelubi

Soalan:

Date:
Wed, 11 Aug 2004 07:39:41 -0700 (PDT)
From:
"ayob kelubi"
Subject:
pertanyaan
To:
harimauj@yahoo.com

assalamualaikum di ucapkan pada tuan presiden GJ.

saya ada beberapa soalan mengenai GT yang seperti di war-warkan dalam gangguan.blospot tu.

minta maaf lah kerana saya tak beberapa update mengenai GT ni.baru malam saya menghantar mail ni saya perasan akan kewujudan GT ni.

soalan saya

boleh tak tok terangkan sedikit mengenai GT ni?.

bagaimana cara hendak menyumbangkan khidmat saya ke dalam GT ni?
jika tidak dpt utk GT satu,maybe ke dalam GT dua nanti.

adakah pengedar-pengedar yang ada dalam senarai itu saja yang boleh saya buat tempahan?.

itu saja .terima kasih


Jawapan:
Web adalah medium elit. Tidak ramai yang punya capaian terhadapnya. Banyak karya yang baik terkurung dalam server hanya untuk tontonan elit. Projek ini bertujuan memperluaskan sebaran penulisan dari web kepada golongan tanpa kemudahan web. Gangguan Teksual merupa projek himpunan catatan terpilih dari pemilik weblog Malaysia dalam medium cetak. Penulis-penulis bertindak sebagai penulis, penyunting, pencetak dan pengedar. Projek ini diusahakan secara kolektivisme.
Prosedur penghasilan1. Penyelaras memikirkan sebuah naskah berbentuk majalah/buku dengan 52 mukasurat. Mukasurat itu diamanahkan kepada 14 penulis untuk menyediakannya.
2. Mereka pilih tulisan terbaik mereka dari weblog masing-masing dan menyuntingnya. Mereka baiki penulisan itu sesuai untuk media cetak.
3. Mereka buat fotokopi tulisan itu sebanyak 100 salinan dan mengirimnya kepada penyelaras.
4. Penyelaras mengumpul semua kertas yang dikirim lalu disusun serta dijilid dengan stapler. 4 hingga 5 naskah akan dikirim semula kepada setiap penulis untuk diedarkan atau dijual. Tempahan hanya boleh dibuat dengan penulis-penulis terlibat kerana mereka sahaja yang simpan stok serta diberi hak utk cetak semula.
5. Penyelaras menyimpan lebih banyak naskah untuk tujuan promosi dan menanggung kos pengurusan.
6. Tuan boleh ambil bahagian dalam GT2. Beberapa perubahan prosedur akan dibuat bagi urusan penambahbaikan. GT2 akan diiklankan tendernya tidak lama lagi.

Wednesday, August 11, 2004

Mengambil Tempahan

Ada yang sudah buat tempahan baju kurung walau raya lama lagi. GT hampir siap tidak berapa lagi. 1 minggu lagi kot. Penulis-penulis semua bolehlah ambil tempahan. Sesiapa yang nak beli GT boleh hubungi mana-mana penulis. Harga RM5 tapi kalau pandai bodek, mungkin mereka boleh bagi diskaun. Tok sendiri dah ambil tempahan dari:
1. Ika 2. Din Jking 3. Yadziz 4. Iwan 5. AyAres151 6. amyz

Berikut adalah senarai salesman dengan stok terhad, siapa cepat dia dapat. Sila hubungi mereka jika anda mahu GT:
harimauj@yahoo.comx
sultanmuzaffar@gmail.comx
fajaril@yahoo.comx
mah649@hotmail.comx
nett00@yahoo.comx
beruangmalaya@yahoo.comx
miecreation78@yahoo.comx
maxalon@hotmail.comx
jongkangjongket@yahoo.comx
pyzul@yahoo.comx
izalatif@yahoo.comx
vicenata2000@yahoo.comx
deadkafka@yahoo.comx
design@lasso.com.myx

*buang x dihujung alamat email tu sebelum pos. X sengaja diletakkan disitu untuk mengelirukan orang yang melombong emel utk tujuan spam.

Monday, August 09, 2004

GT Jigo sampai.

Jigo. Artikel penulis terakhir sampai. Ironinya inilah penulis yg pertama mendaftar diri dulu.

"Jika perempuan marah dan memanggil lelaki seorang lelaki sebagai "jantan' itu sebenarnya merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai harganya." jiGOMorison.- ms 51.

Kulit GT

Satu naskah awal GT telah diserahkan pada Didiz untuk dikaji. Didiz akan merekabentuk kulit yang sesuai untuk GT.

Gangguan Teksual

Penyusun: Ghazali Bunari
Laman: http://gangguan.blogspot.com
Penulis: Geng Jurnal (http://www.jurnal.biz)
Penyunting: Tiada
Rekabentuk Kulit: Didiz
Pencetak: Penulis
Pengedar: Penulis
Hakcipta: Penulis

Tempahan:
Harga rasmi Gangguan Teksual 1 adalah RM5. Sila hubungi salah seorang dari penulis yang terlibat.

Semua penulis sudah menunaikan tanggungjawab.

1. Sultan Muzaffar telah menghantar artikelnya bersama surat tunjuksebab kerana kelewatan.

" Anda masih ingat nama doktor yang melawat Nemo (Kucing) sewaktu di akademi Fantasia" - Sultan Muzaffar, ms 23

2. Rudy punya artikel sampai setelah ada cubaan oleh pihak "posmen" pejabatnya utk menyembunyikan surat.
"Ambil 20 ekor sudahlah, bawak ke makmal." - Rudy, ms 3.

3. Jigo punya artikel masih dalam lori pos. Dia kirim pada Sabtu lepas. Dia lewat kerana isterinya masuk wad. Semoga sembuh lekas.

.................

GT ver. 1 (Beta). Ada beberapa bug. Antaranya:
a) Mukasurat 45-46 berulang dua kali. Muka 41-42 pula telah hilang. Pun begitu 45-46 (A) berbeza dengan 45-46 (B) dari segi kandungan.
b) Ada artikel yang tidak mengikut format.
c) Ada masalah sedikit untuk dapatkan layout yang membenarkan lipatan tengah yang sempurna.

Namun begitu tujuan GT untuk mengganggu pemikiran adalah tercapai. Tayangan previu diberikan kepada Udika dan Kak Tin. Yang paling menganggu adalah artikel Rosram. Fuh!

Untuk GT2, sila sediakan artikel untuk 4 mukasurat. Jemputan terbuka akan diumumkan tidak lama lagi.

Saturday, July 31, 2004

GT: Adi Beruang sampai

31/7/2004: Adi BERUANG adalah haiwan maging kedua
selepas Tok RIMAU. Aku suka baca blog dia ni. Rock
gila. Poslaju dia selamat sampai dengan kos RM5.78.
Layout dia simple tapi menarik. Aku rasa Adi buat tak
pakai MSWord. Mungkin dia pakai Adobe Pagemaker atau
illutrator. Ada kartun lagi. Dia lupa letak
sampulsurat berstem beralamat sendiri. macam mana aku
nak kirim balik GT pada dia? By hand la kot.

Sedutan:
"Anak Berahim lah... tak kenal ke? Yang dulu basuh
pinggan kat surau masa lepas moreh." - Adi pg16.

4 GT lagi tinggal. Sesiapa ada nampak orang-orang
berikut, sila lapor pada polis:)
1. Sultan Muzaffar
2. Rudy
3. Jigo
4. Didiz




__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail – Now with 25x more storage than before!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Thursday, July 29, 2004

GT: Max, Mat jan dan ros

29/7/ 2004
Ros: Bungkusan Ros Cayang sampai dengan stem Rm3.50.
Ada stem gambar barang2 muzium. Aku fikir aku nak mula
hobi kumpul stem yang aku tinggalkan masa umur 15
tahun dulu. (Lepas akil baligh, aku mula kumpul awek
pulak :)) Rosmah punya font, mak datuk kecilnya.
Agaknya size 3. Kalian kena pakai kanta untuk baca.
Sampul dah hampir terbarai. Mungkin pihak POS cek
kalau-kalau Ros melanggar undang2 menghantar tunai
melalui POS. (He he he... saya gurau je Posman. Jangan
marah)

Mat Jan dan Max. Mat Jan bertindak sebagai proxy Max.
Dokumen mereka sampai dalam bungkusan yang sama dalam
kotak Pos Ekspress RM7.00 yang boleh memuatkan hingga
1kg. Lain kali, aku nak letak syarat semua pakai Pos
Ekspress kotak 1kg ini. Mereka dah berpakat ubah
struktur mukasurat. Mat jan ambil sebelah 43-46 dan
Max ambil sebelah 9-12.

Mie: Mie hantar semula dokumen dia yang tersalah
cetak. Ini bermakna kita tiada ruangan otograph atau
tempat lekat sample minyak wangi atau plastik muntah.
Dokumen selamat diterima.

Senarai penulis yang masih belum jumpa pejabat POS :).
(Zaman email dan web ini, pejabat POS semakin jumud.)
1. Sultan Muzaffar (sibuk dgn relity talent show yang
tumbuh macam cendawan. Aku nak hantar SMS: Afundi SM)
2. Beruang (Blog pun tak update. Aku harap dia tak
pindah China)
3. Rudy (Sedang cari kertas warna untuk kelainan)
4. Jigo (Kerja banyak. Tunggu supply kertas pejabat
sampai untuk dicuri)
5. Didiz (memang sengaja tangguh sebab dia buat muka
depan. Design perlu dapat ilham dari isi kandungan
yang penuh)


Sedutan:
"Aku terlibat dalam kes pukul orang dalam bilik air
bengkel jahit, tempat aku bertugas" - Rosmah Cayang ms
20

"Jadi, impian untuk menghasilkan 'Cinta dalam botol'
ini terpaksa ditukar haluan." - Max ms 11.

"Hukuman dalam adat pepatih bersifat "restitution" dan
"compensation" manakala hukuman dalam adat temenggong
pula bersifat "punishment" dan "retaliation." - Mat
jan , ms 45



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Wednesday, July 28, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, July 27, 2004

Re: Preview - Mie, Nett dan Spyz tiba.

Memang tengah fikir GT2 tapi selesaikan GT1 dulu.

.........
assalamu`alaikum..

:) bila tengok tok buat ringkasan/sinopsis dari entry
yg dihantar, makin tak sabar nak terima GT. makin best
dan makin bermakna dirasakan hidup ini.. cewah!!

tok, due date tok tak berkesan laa... kena letak
positive reinforcement l nampaknya untuk next project.

p/s.. yg pertama hantar tu takder dapat t-shirt pree
ker? ;)



-iza





__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Preview - Mie, Nett dan Spyz tiba.

27/7/2004: Hari ini Dokumen Spyz dan Mie sampai.

Spyz guna sampul poslaju bernilai RM4.00. Dikepilkan
juga sampul pos laju dgn nilai yg sama utk Tok
pulangkan GT yang dah siap dikokot. Terdapay juga nota
yg memberi ALASAN kenapa dia lewat. Spyz ikut format.
CONTOHILAH Spyz wahai kawan-kawan yang masih hantar.

Mie. Sampul surat mie lebih berat dan tebal dari orang
lain. Guna pos laju bernilai RM6.83. Bila tok periksa
rupanya dia gagal ikut format. Dia cetak sebelah
sahaja dan tidak guna kedua-dua belah kertasnya. Dia
hantar 200 helai. MmmmÂ… nampaknya bila kita kokot
nanti, ada 4 mukasurat kosong untuk ruangan autograph.


Dokumen Nett Sampai 23/7/2004 Stem rm3.50. sampul
terbuka sikit. Ikut format. Mungkin En.Posmen cek utk
pastikan tiada VCD lucah dalam sampul :)



SEDUTAN
“Apahal pepagi buta ketok rumah aku?” tanya Tok Bomoh.
- Nordin. ms39

“Sebelum jasad aku pula dihurung sang semut-semut
kecil.” – Fajar ms32

"Tiada kes rampasan yang saya lakukan hingga dihadap
ke muka pengadilan.” – Nett ms 18.

“Doctor amik keputusan pecahkan ketubannya manually.”
- Spyz. ms8

“Malangnya, semua kerani pergi keluar dan staf lain
lalu depan pejabat aku ketika gravity memanggil
pungguku.” – Tokrimau ms25.

“Bukannya ada Makcik Senah atau Makcik Limah bangun
pukul 4 pagi uli kuprum untuk buat cipboard.” – Iza
ms48.


=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/




__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Friday, July 23, 2004

Dokumen Nett Sampai

23/7/2004 Stem rm3.50. sampul terbuka sikit. Mungkin En.Posmen cek utk pastikan tiada VCD lucah dalam sampul :)

Thursday, July 22, 2004

Dokumen Fajar Sampai

2 Dah sampai. Tinggal lagi 12.
Selamat sampai21/7/04
Fajar http://fajaronline.comCatatan: Berjaya ikut format dgn masalah marginsebelah kiri terbesar. Bakal dibetulkan oleh saya masaproses melipatdan mengokot dgn dawai nanti. Tiada stemsebab Fajar hantar guna poslaju. RM4.50 cajnya.Mempamerkan kemahiran susun atur dan gabungan grafikyang menyejukkan.

Wednesday, July 21, 2004

Teaser

Soft launch teaser posted here 0n July 21:

http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3164

Trailer / Preview / Teaser/ Gezek / Suspen / Promosi ... GANGGUAN TEKSUAL Harga RM5 Sahaja. Simpan duit dari sekarang. Ia Akan Datang Menganggu Ogos ini. Kepada yang terlibat Shhhhhhhhhh!

GT: Selamat Diterima

Mulai hari ini saya akan melaporkan setiap penerimaan
dokumen ke Gangguan Teksual.

Selamat sampai
21/7/04 Iza Latif http://iza.bluehikari.com
Catatan: Berjaya mengikut format. Beberapa helai
renyuk sedikit kerana pihak posmen cuba sumbat sampul
dalam petisurat yang agak kecil. Masih boleh dibaca.
Saya akan cuba seterika supaya licin semula :) Ada
stem gambar harimau (Panthera Tigris). Harga stem
kesemuanya adalah RM3.50.



__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - Send 10MB messages!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Friday, July 16, 2004

Peringatan Gangguan Teksual

RINGKASAN FORMAT
1. Kandungan Arial 8.
2. Standard Header Footer.
3. Apply your creativity on Title, Blurbs, Graphics
and layout.
4. Paper weight 50 - 80 g, Size A4.
5. Kirimkan hasilkerja saudara/i ke:
Ghazali Bunari, FPPSM, UTM 81310 SKUDAI, JOHOR.
6. Dalam sampul surat saudara/i mestilah mengandungi:
a) 100 helai kertas bercetak depan belakang dengan
hasil kerja saudara/i.
b) Sehelai sampul surat berlamat sendiri dengan stem
RM2.80



TARIKH PENTING
1. 1 Julai 2004. Tarikh akhir menerima tawaran.
2. 100 salinan (hard copy) mesti sampai kepada saya
sebelum 20 Julai 2004.
3. 15 Ogos 2004. Naskah Gangguan Teksual dikirim
kepada penulis.
4. 30 Ogos 2004. Promosi Gangguan Teksual di Internet.

=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/




__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail is new and improved - Check it out!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Saturday, June 26, 2004

Senarai Lengkap Penulis Untuk GT 1

harimauj@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 26 & Kanan mukasurat 27
Side b: Kiri mukasurat 28 & Kanan mukasurat 25

sultanmuzaffar@gmail.com
Side a: Kiri mukasurat 24 & Kanan mukasurat 29
Side b: Kiri mukasurat 30 & Kanan mukasurat 23


fajaril@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 22 & Kanan mukasurat 31
Side b: Kiri mukasurat 32 & Kanan mukasurat 21

mah649@hotmail.com
Side a: Kiri mukasurat 20 & Kanan mukasurat 33
Side b: Kiri mukasurat 34 & Kanan mukasurat 19

nett00@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 18 & Kanan mukasurat 35
Side b: Kiri mukasurat 36 & Kanan mukasurat 17

beruangmalaya@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 16 & Kanan mukasurat 37
Side b: Kiri mukasurat 38 & Kanan mukasurat 15

miecreation78@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 14 & Kanan mukasurat 39
Side b: Kiri mukasurat 40 & Kanan mukasurat 13

maxalon@hotmail.com
Side A: kiri ms12 & kanan ms 41
Side B: kiri ms42 & kanan ms 11

jongkangjongket@yahoo.com
Side A: kiri ms10 & kanan ms 43
side B: kiri ms44 & kanan ms 9.

pyzul@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 8 & Kanan mukasurat 45
Side b: Kiri mukasurat 46 & Kanan mukasurat 7

izalatif@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 6 & Kanan mukasurat 47
Side b: Kiri mukasurat 48 & Kanan mukasurat 5

vicenata2000@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 4 & Kanan mukasurat 49
Side b: Kiri mukasurat 50 & Kanan mukasurat 3

deadkafka@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 2 & Kanan mukasurat 51
Side b: Kiri mukasurat 52 & Kanan mukasurat 1

design@lasso.com.my
Side a: Ringkasan Kandungan & Didiz
Side b: Kulit Belakang (Penaja) & Kulit Depan

Template Gangguan Teksual

Here's the last writer for the first edition!

sultanmuzaffar@gmail.com
Side a: Kiri mukasurat 24 & Kanan mukasurat 29
Side b: Kiri mukasurat 30 & Kanan mukasurat 23

Template attached.

RINGKASAN FORMAT
1. Kandungan Arial 8.
2. Standard Header Footer.
3. Apply your creativity on Title, Blurbs, Graphics
and layout.
4. Paper weight 50 - 80 g, Size A4.


TARIKH PENTING
1. 1 Julai 2004. Tarikh akhir menerima tawaran.
2. 100 salinan (hard copy) mesti sampai kepada saya
sebelum 20 Julai 2004.
3. 15 Ogos 2004. Naskah Gangguan Teksual dikirim
kepada penulis.
4. 30 Ogos 2004. Promosi Gangguan Teksual di Internet.




=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Fajar Join GT

Terimakasih kerana ingin turut serta. Berikut adalah
mukasurat tuan:

fajaril@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 22 & Kanan mukasurat 31
Side b: Kiri mukasurat 32 & Kanan mukasurat 21

Perkembangan dan detail Projek: http://gangguan.blogspot.com/

=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/




__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - Send 10MB messages!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Gangguan Teksual kena Hacked?

1. Tidak. web tu tak kena hack. Okay je
http://gangguan.blogspot.com/ tu. Cuma kadang2
template dia lari sikit. Nanti tok repair.

2. Kita keluarkan Serabagus dari senarai mail ini. Dia
akan ikuti perkembangan via web.

3. mah649@hotmail.com
Side a: Kiri mukasurat 20 & Kanan mukasurat 33
Side b: Kiri mukasurat 34 & Kanan mukasurat 19

4. Petua: Cuba elakkkan bahasa rojak = Melayu + Inggeris.

=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/




__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

RE: Projek: Gangguan Teksual

Q) Berapa entry..satu? dua? tiga? Ada entry saya yang
boleh dimuatkan dalam Words sebanyak 5 pages..itu tak
boleh kah?
A) Font 8 Arial untuk isi kandungan kecuali tajuk.
Ambil sehelelai A4 dan lipat dua. Ros akan dapat 4
pages (use both sides of the paper). Terpulang pada
Ros nak memuatkan berapa entries dalam 4 muka surat
itu.

Q)Cara terbaik saya akan cuba buat sehelai then saya
akan hantar kepada Tok..then u must comment or
tunjukkan,then post back to me into my selfenvelope..
A) No problem. Jadi macam cikgu tanda esei pulak.
Jangan lupa letak stem pada self address envelop tu.


=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/




__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - Send 10MB messages!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Re: Margin Gangguan Teksual

Tok!! tok punya http://gangguan.blogspot.com dah kena hacked!!!

 



Tok Rimau <harimauj@yahoo.com> wrote:
1. Mengikut template asal margin atas dan bawah adalah
1" dan tepi pula adalah 0.5". Tok fikir kita guna
piawai ini dulu. Jika mahu apa-apa perubahan, kita
buat dalam edisi 2 nanti.

2. Jika mahu nama saudara/i dikeluarkan dari senarai
mail ini, sila beritahu. Mungkin agak 'annoying' bagi
setengah orang menerima laporan projek terlalu kerap.
saya faham. Lagi pun laporan juga boleh di baca di http://gangguan.blogpot.com

=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/





__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 100MB free storage!
http://promotions.yahoo.com/new_mail


Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 100MB free storage!

Margin Gangguan Teksual

1. Mengikut template asal margin atas dan bawah adalah
1" dan tepi pula adalah 0.5". Tok fikir kita guna
piawai ini dulu. Jika mahu apa-apa perubahan, kita
buat dalam edisi 2 nanti.

2. Jika mahu nama saudara/i dikeluarkan dari senarai
mail ini, sila beritahu. Mungkin agak 'annoying' bagi
setengah orang menerima laporan projek terlalu kerap.
saya faham. Lagi pun laporan juga boleh di baca di http://gangguan.blogpot.com

=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/





__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 100MB free storage!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Friday, June 25, 2004

Re: Template Gangguan Teksual v.2

wokeh! kalo bab header and footer kena seragam tu no komen..
tapi tang margin lak camner.. ada yg nak pakai software lain.. cam saya pun rasa gatal tangan nih nak menggode software lain gak.. kalo lari margin camner?
 
bagiler guide line.. hehe
 
p/s.. firman Allah dalam Qur'an (lupa ayat mana) "Sesungguhnya manusia itu makhluk yang paling byk membantah"
 
so, Tok.. kena sabau lah yer..
 
-iza

Tok Rimau <harimauj@yahoo.com> wrote:
Jigo telah kirim contoh template kedua untuk perhatian
penulis. Ini adalah template asas. Jangan segan-segan
juga untuk guna grafik demi menambahkan seri mukasurat
anda. Kita buat majalah seperti Gempak, Klue, Hype dan
Siasah sebagai penanda aras rekabentuk mukasurat.


--- jiGOMorrison wrote:
> assalamualaikum,
>
> berdasarkan template jemputan GT, aku ubah sikit
> header dan footer.
>
> aku mencadangkan keseragaman GT dimestikan pada
> header
> dan footer (Font: Arial Black, Size: 12). ruang yang
> lain terpulang pada kreativiti pemilik muka surat.
>
> template yang disertakan ini terbahagi kepada empat
> column. tapi kalau nak edit untuk jadikan dua column
> saja pun tidak menjadi kesalahan.
>
> untuk peraturan lain, sila rujuk pada tok rimau atau
> surat tawaran yang disertakan dahulu.
>
> makasih.
>
> yang tak berapa suka menurut perintah,
> jiGOMorrison
>
> =====
> Welcome to my Sanctuary at
> http://geocities.com/deadkafka/
>
>
>
>
> __________________________________
> Do you Yahoo!?
> New and Improved Yahoo! Mail - 100MB free storage!
> http://promotions.yahoo.com/new_mail

> ATTACHMENT part 2 application/msword name=template
GANTEK.doc



=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/





__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 100MB free storage!
http://promotions.yahoo.com/new_mail


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses.

Nett Joins GT Projects

nett00@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 18 & Kanan mukasurat 35
Side b: Kiri mukasurat 36 & Kanan mukasurat 17

=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/




__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - Send 10MB messages!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Thursday, June 24, 2004

aku punya contoh

alluz ma prens,

ni aku punya contoh untuk muka 52-01. tapi bila aku
cetak, aku tak berapa puas hati dengan header dan
footer yang aku rasa agak besar. ada cadangan untuk
dikecikkan?

tok,

aku belek-belek zine yang kau bagi pinjam dulu. aku
perasan yang zine ni ada kulit depan (beserta catatan
penghargaan untuk penyumbang). kau ke yang bikin muka
depan?


=====
Welcome to my Sanctuary at http://geocities.com/deadkafka/



__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - You care about security. So do we.
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Mukasurat untuk sang beruang

beruangmalaya@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 16 & Kanan mukasurat 37
Side b: Kiri mukasurat 38 & Kanan mukasurat 15

Tok tidak kisah software apa penulis guna. Tok tidak
menerima softcopy pun. Tok cuma mahu hardcopy.

Tinggal 4 orang lagi yang belum menjawab tawaran. Kita tunggu.

=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/




__________________________________
Do you Yahoo!?
Read only the mail you want - Yahoo! Mail SpamGuard.
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Re: Template Gangguan Teksual v.2

asalkan hardcopy, tak kisah kan kalau saye pakai adobe
pagemaker memandangkan tok rimau ada menyentuh pasal kekreatifan.

________________________________________________________________________
Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping"
your friends today! Download Messenger Now
http://uk.messenger.yahoo.com/download/index.html

Re: Template Gangguan Teksual v.2

Jigo telah kirim contoh template kedua untuk perhatian
penulis. Ini adalah template asas. Jangan segan-segan
juga untuk guna grafik demi menambahkan seri mukasurat
anda. Kita buat majalah seperti Gempak, Klue, Hype dan
Siasah sebagai penanda aras rekabentuk mukasurat.


--- jiGOMorrison wrote:
> assalamualaikum,
>
> berdasarkan template jemputan GT, aku ubah sikit
> header dan footer.
>
> aku mencadangkan keseragaman GT dimestikan pada
> header
> dan footer (Font: Arial Black, Size: 12). ruang yang
> lain terpulang pada kreativiti pemilik muka surat.
>
> template yang disertakan ini terbahagi kepada empat
> column. tapi kalau nak edit untuk jadikan dua column
> saja pun tidak menjadi kesalahan.
>
> untuk peraturan lain, sila rujuk pada tok rimau atau
> surat tawaran yang disertakan dahulu.
>
> makasih.
>
> yang tak berapa suka menurut perintah,
> jiGOMorrison
>
> =====
> Welcome to my Sanctuary at
> http://geocities.com/deadkafka/
>
>
>
>
> __________________________________
> Do you Yahoo!?
> New and Improved Yahoo! Mail - 100MB free storage!
> http://promotions.yahoo.com/new_mail

> ATTACHMENT part 2 application/msword name=template
GANTEK.doc



=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/





__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 100MB free storage!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Template Gangguan Teksual v.2

assalamualaikum,

berdasarkan template jemputan GT, aku ubah sikit
header dan footer.

aku mencadangkan keseragaman GT dimestikan pada header
dan footer (Font: Arial Black, Size: 12). ruang yang
lain terpulang pada kreativiti pemilik muka surat.

template yang disertakan ini terbahagi kepada empat
column. tapi kalau nak edit untuk jadikan dua column
saja pun tidak menjadi kesalahan.

untuk peraturan lain, sila rujuk pada tok rimau atau
surat tawaran yang disertakan dahulu.

makasih.

yang tak berapa suka menurut perintah,
jiGOMorrison

=====
Welcome to my Sanctuary at http://geocities.com/deadkafka/




__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 100MB free storage!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Lagi sokongan padu yang ditunggu-tunggu

miecreation78@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 14 & Kanan mukasurat 39
Side b: Kiri mukasurat 40 & Kanan mukasurat 13

Modus Operandi- Gangguan Teksual

1. Ini kali pertama aku cuba e-mail terus ke blog
http://gangguan.blogspot.com via alamat:
harimauj.gangguan@blogger.com justru, mail ini tidak
rahsia sangat.
2. http://gangguan.blogspot.com adalah laman rahsia
utk penulis GT sementara menunggu projek ini mantap.
Bila dah mantap, ianya akan dipromosi sebab laman
laporan kemajuan GT.
3. Namanya Gangguan Teksual atau dipendekkan sebagai
GT.Mungkin esok lusa ada yang namakan GANTEK pulak :)
4. Terimakasih kerana bertolak ansur dengan modus
operandi saya. Berikut adalah perkara yang menghalang
saya utk minta softcopy dan sebaliknya minta hardcopy
100 salinan.
a)Format font berubah jika saya PC saya tidak memiliki
font yang penulis guna.
b) Saya ingin memperkasakan penulis dengan hak
kreativiti dalam bentuk teks dan rekabentuk mukasurat.
c) Saya tiada stamina untuk sunting tulisan orang.
Saya cuma ingin baca.
d) Kos cetak ditanggung oleh semua penulis secara
rata. Kolektivisme.
e) Saya terlalu degil :) Betul kata Jigo.

5. Tiada hadiah utk berjaya teka siapa dapat muka
tengah :D.

--- jiGOMorrison wrote:
> spyz,
>
> tu la yang aku cuba terangkan kat tok, tapi dia
> degil
> tak nak dengar. :p ingat tak kompilasi blog encik
> khairul yang aku sedekahkan dulu? tu nak kena pakai
> ilmu perkamilan dan teori nombor yang mendalam tu.
> benda asing bagi orang-orang yang otak kanannya
> lebih
> dominan.
>
> tapi kalau berpecah helaian seperti tu pun bagus
> juga.
> tak bosan. untunglah orang yg dapat muka surat
> tengah
> sekali. empat muka berderet dia punya sorang.
>
> apa yang aku boleh suggest, kita hantar softcopy,
> tapi
> tok tak terima sebab dia nak kerja senang. editing
> melecehkan. betul tu beb! dapat seratus helai yang
> sudah bercetak tinggal stapler je. abis cerita.
>
> kebaikan hantar softcopy dulu, edit dan print
> kemudian
> - ada keseragaman dan tidak lari susun aturnya.
> keburukannya siapa plak nak edit dan print?
>
> apa-apa pun, kita cuba dulu, kalau tak buat kita tak
> akan nampak mana silap kita. tok dan sepak mula
> projek
> ni, aku menurut saja walaupun tak setuju dengan
> corak
> dan gaya persembahan.
>
> i'll send u the softcopy of my pages for your
> perusal
> soon. NOT NOW! i said SOON.
>
> =====
> Welcome to my Sanctuary at
> http://geocities.com/deadkafka/
>
>
>
> __________________________________
> Do you Yahoo!?
> Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses.
> http://promotions.yahoo.com/new_mail
>


=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Wednesday, June 23, 2004

maxalon@hotmail.com
Side A: kiri ms12 & kanan ms 41
Side B: kiri ms42 & kanan ms 11

jongkangjongket@yahoo.com
Side A: kiri ms10 & kanan ms 43
side B: kiri ms44 & kanan ms 9.
pyzul@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 8 & Kanan mukasurat 45
Side b: Kiri mukasurat 46 & Kanan mukasurat 7

Laporan Kemajuan Projek Gangguan Teksual

izalatif@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 6 & Kanan mukasurat 47
Side b: Kiri mukasurat 48 & Kanan mukasurat 5

vicenata2000@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 4 & Kanan mukasurat 49
Side b: Kiri mukasurat 50 & Kanan mukasurat 3

deadkafka@yahoo.com
Side a: Kiri mukasurat 2 & Kanan mukasurat 51
Side b: Kiri mukasurat 52 & Kanan mukasurat 1

Surat Tawaran

vicenata2000@yahoo.com, pyzul@yahoo.com, beruangmalaya@yahoo.com, deadkafka@yahoo.com, fajaril@yahoo.com, kayusakti@hotmail.com, miecreation78@yahoo.com, mah649@hotmail.com, izalatif@yahoo.com, jongkangjongket@yahoo.com, maxalon@hotmail.com, sera_bagus@yahoo.com, harimauj@yahoo.com
CC: tokrimau@gmail.com, maxalons@yahoo.com, nett00@yahoo.com


Pilih satu:
[ ] Saya ingin menyertai prijek ini. Nyatakan
mukasurat yang diperuntukkan kepada saya.
[ ] Saya tidak mahu menyertai projek ini.

Sebelum saudara/i jawab soalan di atas, sila baca
penerangan di bawah.


Assalamualaikum,
Saya merasakan tulisan saudara/i unik. Sukacita, saya
menawarkan kepada saudara/i untuk terlibat dalam satu
projek yang saya beri nama GANGGUAN TEKSUAL. Ini
merupa projek himpunan catatan terpilih dari pemilik
weblog Malaysia dalam medium cetak. Jika projek ini
berjaya, saudara/i adalah perintis (pioneer) kepada
beberapa lagi naskah seumpanya dimasa kan datang.

OBJEKTIF:
1. Mengumpul catatan-catatan blog pilihan dalam medium
cetak.
2. Memberi peluang mereka yang tidak mempunyai capaian
Internet membaca catatan weblog.
3. Memulakan gerakan ke arah penerbitan dan
penulisan yang lebih bermutu di Malaysia.

FORMAT GANGUAN TEKSUAL (Rujuk Contoh Lampiran):
1. Saiz setiap mukasurat adalah separuh kertas A4.
Oleh itu pada 1 helai A4, terdapat 4 mukasurat depan
belakang. Terdapat 52 mukasurat semuanya atau 13 helai
kertas A4 bercetak depan belakang.
2. Ada 13 penulis. Setiap penulis bertanggungjawab ke
atas 4 mukasurat.
3. Hanya hasil karya asli akan dimuatkan.
4. Bahasa: Bahasa baku/persuratan yang diterima umum.
5. Perkataan asing atau slanga dihitam pekatkan
(Bold).
6. Gaya Font untuk tajuk dan 'blurb' terpulang kepada
kreativiti penulis. Rekabentuk layout/grafik mukasurat
juga hak penulis. Namun begitu karangan utama adalah
dalam font Arial Saiz 8. Font untuk header dan footer
adalah Arial Black.
7. Setiap penulis mempunyai hak untuk mencetak semula
Gangguam Teksual yang asal, tanpa sebarang pindaan,
tanpa meminta kebenaran saya untuk dijual semula.

PERANAN SAYA:
1. Membuat tawaran kepada penulis untuk terlibat.
2. Menetapkan modus operandi projek dan format umum.
3. Menetapkan mukasurat yang perlu
dipertanggungjawabkan kepada penulis melalui e-mel.
4. Menerima sumbangan dari penulis-penulis (100
salinan fotokopi dari setiap penulis) melalui pos.
5. Menyediakan kulit untuk naskah Ganguan Teksual.
6. Menyusun, melipat dan stapling sehingga terhasilnya
naskah Gangguan Teksual.
7. Mengirim melalui pos 6 naskah Gangguan Teksual
kepada setiap penulis.

PERANAN SAUDARA/I (JIKA BERSETUJU):
1. E-melkan penerimaan atau penolakan tawaran melalui
e-mel.
2. Saudara/i menyumbang untuk 4 muka surat (Sehelai
kertas A4 yang tercetak pada kedua-dua belah muka).
3. Pilih beberapa catatan menarik dari weblog
saudara/i.
4. Paste catatan tersebut pada perisian Word.
5. Sunting catatan tersebut agar bahasanya sesuai
untuk bacaan umum.
6. Format mukasurat tersebut agar ianya menarik.
7. Pada header, letakkan perkataan Gangguan Teksual
dan pada footer letak nombor muka surat yang
ditetapkan untuk saudara/i. (rujuk contoh)
8. Cetak hasilkerja saudara/i dan buat 100 salinan
fotokopi (ingat depan belakang).
9. Kirimkan hasilkerja saudara/i ke:
Ghazali Bunari, FPPSM, UTM 81310 SKUDAI, JOHOR.
10. Dalam sampul surat saudara/i mestilah mengandungi:
a) 100 helai kertas bercetak depan belakang dengan
hasil kerja saudara/i.
b) Sehelai sampul surat berlamat sendiri dengan stem
RM2.80
11. Sebelum 31 Ogos saudara/I akan menerima 6 naskah
Gangguan Teksual.

TARIKH PENTING
1. 1 Julai 2004. Tarikh akhir menerima tawaran.
2. 100 salinan mesti sampai kepada saya sebelum 20
Julai 2004.
3. 15 Ogos 2004. Naskah Gangguan Teksual dikirim
kepada penulis.
4. 30 Ogos 2004. Promosi Gangguan Teksual di Internet.


KESIMPULAN
Secara amnya saudara/i akan melabur RM10 hingga RM20
untuk fotokopi dan pos. Pulangannya adalah 6 naskah
GANGGUAN TEKSUAL setebal 52 mukasurat untuk disimpan,
dijual atau dikongsi. Saudara/i juga mendapat kepuasan
bahawa teks hasil tulisan saudara/i kini bebas dari
kurungan server dan boleh sampai ke tangan khalayak
yang lebih meluas.

p.s.
Projek RONGGENG yang saya usahakan dulu gagal kerana
masalah wang dan stamina saya untuk menjalankan projek
itu secara sendirian. Modus Operandi projek GANGGUAN
TEKSUAL yang bersifat kolektivisme ini mungkin
memudahkan kerja.