Wednesday, June 23, 2004

Surat Tawaran

vicenata2000@yahoo.com, pyzul@yahoo.com, beruangmalaya@yahoo.com, deadkafka@yahoo.com, fajaril@yahoo.com, kayusakti@hotmail.com, miecreation78@yahoo.com, mah649@hotmail.com, izalatif@yahoo.com, jongkangjongket@yahoo.com, maxalon@hotmail.com, sera_bagus@yahoo.com, harimauj@yahoo.com
CC: tokrimau@gmail.com, maxalons@yahoo.com, nett00@yahoo.com


Pilih satu:
[ ] Saya ingin menyertai prijek ini. Nyatakan
mukasurat yang diperuntukkan kepada saya.
[ ] Saya tidak mahu menyertai projek ini.

Sebelum saudara/i jawab soalan di atas, sila baca
penerangan di bawah.


Assalamualaikum,
Saya merasakan tulisan saudara/i unik. Sukacita, saya
menawarkan kepada saudara/i untuk terlibat dalam satu
projek yang saya beri nama GANGGUAN TEKSUAL. Ini
merupa projek himpunan catatan terpilih dari pemilik
weblog Malaysia dalam medium cetak. Jika projek ini
berjaya, saudara/i adalah perintis (pioneer) kepada
beberapa lagi naskah seumpanya dimasa kan datang.

OBJEKTIF:
1. Mengumpul catatan-catatan blog pilihan dalam medium
cetak.
2. Memberi peluang mereka yang tidak mempunyai capaian
Internet membaca catatan weblog.
3. Memulakan gerakan ke arah penerbitan dan
penulisan yang lebih bermutu di Malaysia.

FORMAT GANGUAN TEKSUAL (Rujuk Contoh Lampiran):
1. Saiz setiap mukasurat adalah separuh kertas A4.
Oleh itu pada 1 helai A4, terdapat 4 mukasurat depan
belakang. Terdapat 52 mukasurat semuanya atau 13 helai
kertas A4 bercetak depan belakang.
2. Ada 13 penulis. Setiap penulis bertanggungjawab ke
atas 4 mukasurat.
3. Hanya hasil karya asli akan dimuatkan.
4. Bahasa: Bahasa baku/persuratan yang diterima umum.
5. Perkataan asing atau slanga dihitam pekatkan
(Bold).
6. Gaya Font untuk tajuk dan 'blurb' terpulang kepada
kreativiti penulis. Rekabentuk layout/grafik mukasurat
juga hak penulis. Namun begitu karangan utama adalah
dalam font Arial Saiz 8. Font untuk header dan footer
adalah Arial Black.
7. Setiap penulis mempunyai hak untuk mencetak semula
Gangguam Teksual yang asal, tanpa sebarang pindaan,
tanpa meminta kebenaran saya untuk dijual semula.

PERANAN SAYA:
1. Membuat tawaran kepada penulis untuk terlibat.
2. Menetapkan modus operandi projek dan format umum.
3. Menetapkan mukasurat yang perlu
dipertanggungjawabkan kepada penulis melalui e-mel.
4. Menerima sumbangan dari penulis-penulis (100
salinan fotokopi dari setiap penulis) melalui pos.
5. Menyediakan kulit untuk naskah Ganguan Teksual.
6. Menyusun, melipat dan stapling sehingga terhasilnya
naskah Gangguan Teksual.
7. Mengirim melalui pos 6 naskah Gangguan Teksual
kepada setiap penulis.

PERANAN SAUDARA/I (JIKA BERSETUJU):
1. E-melkan penerimaan atau penolakan tawaran melalui
e-mel.
2. Saudara/i menyumbang untuk 4 muka surat (Sehelai
kertas A4 yang tercetak pada kedua-dua belah muka).
3. Pilih beberapa catatan menarik dari weblog
saudara/i.
4. Paste catatan tersebut pada perisian Word.
5. Sunting catatan tersebut agar bahasanya sesuai
untuk bacaan umum.
6. Format mukasurat tersebut agar ianya menarik.
7. Pada header, letakkan perkataan Gangguan Teksual
dan pada footer letak nombor muka surat yang
ditetapkan untuk saudara/i. (rujuk contoh)
8. Cetak hasilkerja saudara/i dan buat 100 salinan
fotokopi (ingat depan belakang).
9. Kirimkan hasilkerja saudara/i ke:
Ghazali Bunari, FPPSM, UTM 81310 SKUDAI, JOHOR.
10. Dalam sampul surat saudara/i mestilah mengandungi:
a) 100 helai kertas bercetak depan belakang dengan
hasil kerja saudara/i.
b) Sehelai sampul surat berlamat sendiri dengan stem
RM2.80
11. Sebelum 31 Ogos saudara/I akan menerima 6 naskah
Gangguan Teksual.

TARIKH PENTING
1. 1 Julai 2004. Tarikh akhir menerima tawaran.
2. 100 salinan mesti sampai kepada saya sebelum 20
Julai 2004.
3. 15 Ogos 2004. Naskah Gangguan Teksual dikirim
kepada penulis.
4. 30 Ogos 2004. Promosi Gangguan Teksual di Internet.


KESIMPULAN
Secara amnya saudara/i akan melabur RM10 hingga RM20
untuk fotokopi dan pos. Pulangannya adalah 6 naskah
GANGGUAN TEKSUAL setebal 52 mukasurat untuk disimpan,
dijual atau dikongsi. Saudara/i juga mendapat kepuasan
bahawa teks hasil tulisan saudara/i kini bebas dari
kurungan server dan boleh sampai ke tangan khalayak
yang lebih meluas.

p.s.
Projek RONGGENG yang saya usahakan dulu gagal kerana
masalah wang dan stamina saya untuk menjalankan projek
itu secara sendirian. Modus Operandi projek GANGGUAN
TEKSUAL yang bersifat kolektivisme ini mungkin
memudahkan kerja.

No comments: