Tuesday, August 24, 2004

Jemputan Untuk Menulis GT 2.0

JEMPUTAN TERBUKA:
Sesiapa yang ingin terlibat dengan Gangguan Teksual
Versi 2.0 (GT 2.0.)

Format:
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Pada header letak url weblog + pada footer letak e-mel penulis dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.

Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang catatan. Namun begitu, GT2 memerlukan salah satu artikel itu menyebut Ramadhan atau Syawal kerana saya bercadang melancarkannya pada malam 7 likur. Penyusun berhak menolak mana-mana
penyertaan yang tidak ikut peraturan. Keutamaan diberikan kepada kandungan yang mengandungi:
1. makluburan 18sx dan 18pl
2. ledakan kemarahan, jujur berapi
3. keinsafan, kesedaran, motivasi
5. mengganggu fikiran pembaca
6. sinis lagi humor
7. Jimnastik Linguistik tahap dewa

Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.

Hantar 100 helai ke alamat dibawah (lagi bagus kalau guna Pos ekspres). Sertakan sampulsurat beralamat sendiri dgn stem untuk 5 naskah percuma milik penulis.


ghazali bunari
FPPSM,
81310 UTM Skudai
Johor

Panduan Stem:
Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan Pembeli
...........
1 naskah GT guna pos biasa = RM0.50
1 naskah GT Pos Ekspress = RM3.00
5 naskah GT guna pos biasa = RM3.00
100 helai kertas guna pos biasa = RM3.50
100 helai kertas Pos Ekspress = RM4.00
200 helai kertas Pos Ekspress =RM7.00

APA PENULIS-PENULIS DAPAT DARI PROJEK INI
1. 5 naskah percuma
2. Promosi url weblog secara cetak
3. Hak untuk mencetak semula GT
4. Hak untuk mengedar dan menjual GT
5. Kepuasan

=====
Perbincangan/ Forum GT 2.0

5 comments:

Sri Diah said...

Tok; bila tarikh matinya?

Tok Rimau said...

1 Ramadhan tarikh akhir terima GT 2.0

jiGOMorrison said...

macam mana dgn susunan artikel?

jika kertas A4 landscape dilipat dua, setiap penulis akan dapat 4 muka surat.

nombor genap sebelah kanan, nombor ganjil di sebelah kiri.

jadi;
4 (kanan), 1 (kiri) - untuk helaian pertama
2 (kanan), 3 (kiri) - untuk helaian kedua

Unknown said...

den dah siapkan satu artikel bermuka dua.. jadik nak siapkan lagik utk dua muka.. maka leh antor by hand pado tok... tp kurang paham format layout.. nanti den cubo tunjuk dokek tok...

Anonymous said...

Sabtu, 4 September 2004

GANGGUAN TEKSTUAL VERSI 1.0
Malam tadi dalam pukul 11.00 malam, aku pergi jumpa Mie. Aku beli Gangguan Tekstual, tak mahal RM5 jer. Balik ke rumah dan aku selak baca buku ni dari satu halaman ke satu.

G.T. adalah himpunan entry-entry dari blog/jurnal yang menarik. Isinya pedas, manis, pahit, masin dan lain-lain. Ada entry-entry yang boleh buat kau ketawa, termenung dan rasa mengantuk! Mengantuk sebab aku baca sampai pukul 1.40 pagi!

Secara keseluruhan, aku bagi cap jempol kepada tuan penyelaras iaitu Tok Rimau, dan kepada semua yang terlibat dalam penghasilan GT ver 1.0 ini.

Tahniah!

http://basrie.tk