Tuesday, August 24, 2004

Gangguan Teksual masuk pasar


GT 1.0
Harga: RM5.00 + pos
Penyusun: Ghazali Bunari mel:harimauj(at)yahoo.com
Penulis: Geng Jurnal http://www.jurnal.biz
The Making of Gangguan Teksual V 1.0 Beta

Gangguan Teksual siap dijilid dan sudah mula masuk pasar. Spyz datang sendiri ambil naskahnya dengan tangan. Bahagian Jigo pun dia ambilkan. Jimat duit stem. Naskah-naskah lain akan dipos kepada pengedar hari ini.

JEMPUTAN TERBUKA:
Sesiapa yang ingin terlibat dengan Gangguan Teksual Versi 2.0 (GT 2.0.)

Laman Rasmi: http://gangguan.blogpot.com

Format:
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Tiada header + footer dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.

Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang catatan. Namun begitu, GT2 memerlukan salah satu artikel itu menyebut Ramadhan atau Syawal kerana saya bercadang melancarkannya pada malam 7 likur. Penyusun berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak ikut peraturan. Keutamaan diberikan kepada kandungan yang mengandungi:
1. makluburan 18sx dan 18pl
2. ledakan kemarahan, jujur berapi
3. keinsafan, kesedaran, motivasi
5. mengganggu fikiran pembaca
6. sinis lagi humor
7. Jimnastik Linguistik tahap dewa

Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.

Hantar 100 helai ke alamat dibawah (lagi bagus kalau guna Posekspres). Sertakan sampulsurat beralamat sendiri dgn stem untuk 5 naskah percuma milik penulis.

Penulis yang terlibat berhak buat membuat salinan semula GT untuk tujuan komersial.


ghazali bunari
FPPSM,
81310 UTM Skudai
Johor

Panduan Stem:
Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan Pembeli
...........
1 naskah GT guna pos biasa = RM0.50
1 naskah GT Pos Ekspress = RM3.00
5 naskah GT guna pos biasa = RM3.00
100 helai kertas guna pos biasa = RM3.50
100 helai kertas Pos Ekspress = RM4.00
200 helai kertas Pos Ekspress =RM7.00

No comments: