Thursday, August 12, 2004

Soalan Dari ayob Kelubi

Soalan:

Date:
Wed, 11 Aug 2004 07:39:41 -0700 (PDT)
From:
"ayob kelubi"
Subject:
pertanyaan
To:
harimauj@yahoo.com

assalamualaikum di ucapkan pada tuan presiden GJ.

saya ada beberapa soalan mengenai GT yang seperti di war-warkan dalam gangguan.blospot tu.

minta maaf lah kerana saya tak beberapa update mengenai GT ni.baru malam saya menghantar mail ni saya perasan akan kewujudan GT ni.

soalan saya

boleh tak tok terangkan sedikit mengenai GT ni?.

bagaimana cara hendak menyumbangkan khidmat saya ke dalam GT ni?
jika tidak dpt utk GT satu,maybe ke dalam GT dua nanti.

adakah pengedar-pengedar yang ada dalam senarai itu saja yang boleh saya buat tempahan?.

itu saja .terima kasih


Jawapan:
Web adalah medium elit. Tidak ramai yang punya capaian terhadapnya. Banyak karya yang baik terkurung dalam server hanya untuk tontonan elit. Projek ini bertujuan memperluaskan sebaran penulisan dari web kepada golongan tanpa kemudahan web. Gangguan Teksual merupa projek himpunan catatan terpilih dari pemilik weblog Malaysia dalam medium cetak. Penulis-penulis bertindak sebagai penulis, penyunting, pencetak dan pengedar. Projek ini diusahakan secara kolektivisme.
Prosedur penghasilan1. Penyelaras memikirkan sebuah naskah berbentuk majalah/buku dengan 52 mukasurat. Mukasurat itu diamanahkan kepada 14 penulis untuk menyediakannya.
2. Mereka pilih tulisan terbaik mereka dari weblog masing-masing dan menyuntingnya. Mereka baiki penulisan itu sesuai untuk media cetak.
3. Mereka buat fotokopi tulisan itu sebanyak 100 salinan dan mengirimnya kepada penyelaras.
4. Penyelaras mengumpul semua kertas yang dikirim lalu disusun serta dijilid dengan stapler. 4 hingga 5 naskah akan dikirim semula kepada setiap penulis untuk diedarkan atau dijual. Tempahan hanya boleh dibuat dengan penulis-penulis terlibat kerana mereka sahaja yang simpan stok serta diberi hak utk cetak semula.
5. Penyelaras menyimpan lebih banyak naskah untuk tujuan promosi dan menanggung kos pengurusan.
6. Tuan boleh ambil bahagian dalam GT2. Beberapa perubahan prosedur akan dibuat bagi urusan penambahbaikan. GT2 akan diiklankan tendernya tidak lama lagi.

6 comments:

Anonymous said...

ahhh baru terfikir on other questions,

bayaran yg dibuat, disalurkan kemana? Tabung GJ? or to own distributors pockets?


-rafthah-

Anonymous said...

saya nak bagi pandangan.kalu boley GT seterusnya jaga kualiti penulis yg akan antar karya.bila tokrimau nak bukak tender kat semua rasa semacam je.sebab kalu semua boley antar penulisan tak berqualiti pun akan termasuk dalam cetakan GT.kena ada penapis jugalah dipihak editor bagi penentuan layak atau tak anta penulisan tuh.terima aksih.peace.no offen.

Kem Lambaian Danau said...

tok, buang ah banner blogspot tu. tak suka tengok dia mencarut kekadang.

dah baca minda dah, thanks !

Anonymous said...

Tahniah atas projek sulung Tok Penghulu.

A journey to the moon begin with a single step.

Tok, sekiranya diizinkan untuk saya memberikan pandangan.

Apakata kalau Tok buat satu syarat kepada semua yang mendaftar dengan GengJernel, sebarang article yang mereka tulis dalam blog mereka boleh digunakan dan diedit oleh jawatankuasa GJ bagi tujuan penyiaran baik untuk media cetak dan sebagainya. Sebarang bayaran untuk penyiaran tersebut dimasukkan ke dalam tabung GJ untuk tujuan projek lain, penat lelah pengendali, promosi, gathering dan sebagainya.

Mungkin Tok boleh bersekongkol dengan Kak Sri Diah untuk membuka satu ruangan kecil dalam mana-mana majalah Karangkraf bagi menyiarkan cerita-cerita yang menarik dari blog. Saya rasa ahli-ahli GJ tak keberatan kalau entry mereka disiarkan dan bayaran masuk ke GJ.

Saya sendiri sedang dan telah menjadi ahli jawatankuasa kepada pertubuhan, alumni dan sebagainya. Masalah utama yang sering saya hadapi adalah WANG.Saya rasa GJ mempunyai potensi untuk terus maju dan mempunyai raw material nya sendiri iaitu kreativiti ahli-ahlinya yang boleh buat duit untuk menampung kos projek yang dirancangkan.

Saya yang memerhati dari kejauhan dan sesungguhnya percaya bahawa Blog bukan sekadar hiburan tetapi satu wadah perjuangan demi kemanusiaan.

Terima kasih Tok Penghulu Bloggers.

sultanmuzaffar said...

tok..

bila agaknya buku nak sampai ?
buku2 aku dah dpt dijual semua..
diorang cakap, diorang nak sign aku sekali..
muahhahahahahaha

Anonymous said...

assalamualaikum ana yalina,
dijemput juga utk menulis tapi ana tak fahamlah
mengenai ganguan teksual ni.. erm apa yg harus ditulis, erm.. kiranya semua tak berapa clear bagi ana.Minta maaf kalau ana menyusahkan tapi ana teringin nak tahu apa sebenarnya tujuan dan macam mana jalan cerita benda ini.. sorry sekali lagi..really tak faham and tak pernah buat..ws