Thursday, March 24, 2005

Gangguan Teksual 4.0


Cover GT4 oleh Si Naga Naga

Dalam masa 1 minggu GT4 akan masuk pasaran. Tempahlah GT anda dari jurujual yang berdekatan. Jurujual = penulis-penulis terlibat. Hubungi mereka via blog mereka.

1. Pak BERUANG: Pencuri zaman sekarang kalau nak mencuri memang bagi salam ke? -http://afxzal.blogspot.com

2. Abanggg, tolong beli garam. - http://jj.kroni.biz

3. Mahu tak mahu terlelap juga dengan kepala dan badan atas bot sedangkan kaki bergantung di laut. - http://www.paklong.net

4. Budak itu dibuang sekolah selepas pengetua dapat tahu dia mengandung. - http://maxalon.tripod.com

5. Benarkah cinta boleh membunuh sebuah persahabatan? - http://moplantai.com

6. Tali yang digunakan untuk menjerut lehernya adalah getah paip lutsinar. - http://bluehikari.com

7. Jadi, salah siapa awak tak boleh jawap tadi? - http://walids.blogspot.com

8. Kebetulan masa tu dia tengah mengait baju anak dia agaknya.- http://www.kroni.biz/nordin

9. Dan kawan kami, orang Asli yang seorang itu, bermotorsikal, jarang memasang lampu. Mata dia 'terang'. Konon.- http://sinaganaga.blogspot.com

10. Rumput-rumput atas kubur tok, cucu akan bersihkan. - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com

11. Aku tidak ingin jadi bayanganmu Aku bebas seperti burung dilangit luas Masa makan aku bayangkan mamak tu sebesar nasi yang aku telan Pokoknya terpulanglah kepada penghidap kurap itu sendiri. { PPB: Penulis-penulis Bersatu}

12. Ada dua konsep yang selalu dilakukan, antara tarik hujan atau tahan hujan. - http://hangbuah.blogspot.com

13. Elakkan menceritakan perkara rutin seperti pukul berapa anda gosok gigi. Pelawat mahukan berita unik, contohnya berapa hari anda tidak gosok gigi. http://www.danchan.com/weblog/harimauj

14. Konon-konon dapat side income lebih RM2000 sebulan tapi bukan sistem piramid.- http://www.wizurai.com

15. Habis tu tunang kau tak nangis? - http://berjenel.blogspot.com




PEMBELIAN/TEMPAHAN
Harga masih mahal seperti hari-hari biasa. RM5 untuk senaskah (50 mukasurat). Sementara stok masih ada. Estimated Circulation: 100 naskah sahaja. Jika stok habis, Tok kirim edisi yang berikutnya.Sila hantar wang pos ke nama dan alamat agen tok seperti yang tertera di bawah. Jangan lupa bagi alamat ruamah anda. Tok TIADA akaun maybank2u atau mana-mana e-bank. Tok menyokong perjuangan posmen tempatan :)..........Adalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian dijemput menulis untuk zine Gangguan Teksual.

PERATURAN
Jangan mencarut. Langgar syarak dan undang-undang. Kalau tidak rajin baca peraturan, sila lihat GAMBAR.

FORMAT
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Pada header letak url weblog + pada footer letak e-mel penulis dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Guna ayat lengkap. Patuh pada tatabahasa bagi memudahkan pembacaan. Jadilah mesra pembaca. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang had saiz kertas A4. Penyusun berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak ikut peraturan.Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.Hantar 100 helai guna Pos ekspres. Sertakan sampul Pos Ekspress beralamat sendiri untuk 5 naskah percuma milik penulis. Jika ada kemushkilan, sila tanya penulis2 sebelum ini. Lihat senarai dlm arkib.

PANDUAN TEMPLATE
Download Template dengan menekan butang kanan mouse. Save target as.Panduan POS EKSPRESS:Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan PembeliSize: 340 mm X 250 mm Price: RM7.00 Max weight allowed: 1kgSize: 250 mm X 219 mm Price: RM6.00 Max weight allowed: 750gmSize: 353mm X 250mm Price: RM4.00 Max weight allowed: 500gm (saiz paling sesuai untuk 100 helai kertas A4 ATAU 5 naskah GT)Size: 229mm X 162mm Price: RM3.00 Max weight allowed: 200gmLaman POS

APA PENULIS-PENULIS DAPAT DARI PROJEK INI1. 5 naskah percuma2. Promosi url weblog secara cetak3. Hak untuk mencetak semula GT4. Hak untuk mengedar dan menjual GT5. Kepuasan dapat menurunkan tandatangan.TANGGUNGJAWAB PENULIS1. Menulis mengikut format dan syarat.2. Memastikan ada ruang kelegaan untuk stapling.3. Mengirim 100 set via Pos Ekspress (RM4)4. Menyertakan sampul Pos Ekspress (RM4) beralamat sendiri untuk pemulangan 5 naskah percuma milik penulis.TARIKH TUTUP: Tiada tarikh tutup. Cukup 13 penyertaan. Tok tutup penyertaan. Siapa cepat dia dapoat :) Yang lambat Tok pindahkan ke GT5 (Kalau rajin la).

ALAMAT SURAT MENYURAT (Jangan hantar polong pulak)
ghazali bunariFPPSM,81310 UTM SkudaiJohor

p.s.
GT3 Sold OUt!

13 comments:

sinaganaga said...

Kau ni tak senonoh ler Rimau muerekekekekekeke... GT3 pun belum kita sudahkan lagi, dah timbul GT4, lahai!

Kenapa kita tak print jadik buku jer GT nih? Any idea?

NOTA: Front cover GT3? On the wayyyyy...

AyAres said...

TOK R tengah usahakan tu naga... ngah cari saper nak sponsor wat buku.. mahal wooo.. hehehhe..

Ogy said...

DARI KAK G

Setuju. Macam mana nak hantar duit ? Kalau akaun Wkdin akak adalah. Masuk akaun dia, boleh ?

Bagi akak dalam seminggu untuk suruh dak-tembamz buatkan artwork ikut size GT.

Thanks ye Tok.

err.. lainkali naikkan harga skets. RM 200.00 pun okay. Sebab kalau beli page belakang kat majalah sekolah pun sekarang dah RM 2K, Tok.

Nanti dah banyak duit, boleh hantar ke Printing. Tak payah Tok nak susah payah jilid sendiri. Pastu orang yang nak masukkan article, bayarlah sebab leh promote blog dia. Tak dpt duit tapi kena bayar lak :) Duit semua pergi ke GengJurnal. Barulah senang GJ nak bergerak untuk projek yg lebih besar nanti.

Selamat Berjaya, Tok.

Salam akak dan PakLet untuk Tok, Tin, Sarah dan Sabrina.

Anonymous said...

Mmmm... bolehkah aku ikut serta? Aku takde printer color huhuhuhu


http://basrie.tk

Anonymous said...

satu usaha yang menarik dan patut diteruskan.

berapa tahunkah yang diperlukan sebelum GT menjadi sekuat K Composite ( http://www.kcomposite.com/about.html )?

http://tujuh86.blogspot.com (Tulis Bila Suka)

Anonymous said...

GT3 sudah mula menganjak paradigma. Kalau dulu hanya muka depan dengan warna. Kali ini sudah ada muka berwarna. GT4 ada yg mengambil inisiatif dgn pencetak berwarna. Moga2 satu hari nanti, GT akan jadi majalah bercetak seperti majalah MANGGA!

Moplantai: guna otak utk dapatkan 10 GT sekaligus!

Wizurai said...

teringin jugak nak turut serta...
setiap tulisan kena hantar guna email dulu ke sblm disahkan status layak utk GT?

Tok Rimau said...

X payah hantar e-mel. Baca syarat dan ikut syarat2. Insyallah disiarkan.

Anonymous said...

Bunda sih kepingin banget ikut GT 4 , GT 5 atau Gt seterusnya..
Tapi kan..POS EXPRESS indonesia-malaysia mahal bangeet!!! Apalagi kalau berisikan 100 halaman:(

Doakan ada rezeki utk itu..nantilah kita krimkan karya seorang blogger-wati Indonesia utk menyertai GANGGUAN TEKSUAL:D

Salam... and keep up the good work!

Anonymous said...

Ooops..lupa..
Komen diatas adalah komen saya

Bunda Shafiya/Dr Rosalina
http://keluargazulkarnain.blogspot.com

MAT JAN said...

kenapa "penulis-penulis bersatu" jadi PBB ?? ha?? kenapa tak PPB ?? ha?? kenapa? kenapa?

Anonymous said...

ooo.. macam tu jadinya gambar tu.. cantik.. abislah toner opis naga.. hahaha...

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it »