Saturday, March 26, 2005

Bagaimana Membeli Gangguan Teksual 4 Dari Tok Rimau

Harga Gangguan Teksual(GT) : RM5 + Pos RM1 = RM6. Jika membeli lebih dari 1 GT tambah RM1 untuk setiap GT. Jangan persoalkan kenapa harga pos mahal. Jawapannya harga minyak naik.

1. SMS nama dan alamat ke 012-7652115 dan nyatakan hasrat mahu beli GT.

"Nama Alamat. Saya Nak GT!"

2. Tok akan balas SMS :
a) Tok Balas

Tok balas memberi kelulusan.
"Hantar Top UP pada 012-7652115."
Teruskan ke prosedur 3.

atau

b) Jika dah SOLD OUT, Tok akan bagi tahu agar tidak meneruskan pembayaran. "SudahTerlambat.GTSOLDOUT"
dan urusan jualbeli tamat. Cari jurujual lain.

3. Untuk pengguna 012 HOTLINK: SHARE TOP UP dengan 012-7652115 Sebanyak jumlah GT yang hendak dibeli. Rujuk di atas.(Tutorial )

4. Untuk pengguna servis lain. Pergi kedai dan beli top up 012 maxis bersesuai dgn jumlah GT yang hendak dibeli. SMS PIN Number Top Up pada Tok. Bila Tok berjaya tambah nilai, tok akan bagitau pembeli.

Tok niaga GT bukan untuk kumpul duit pergi Mekah balik hari. Sekadar cukup untuk Top Up sebulan dan suka-suka sahaja.

p.S.:
Kalau kenyataan di atas mengelirukan. Gunakan cara lama. Hantar wang pos RM5 dan sampul surat (saiz A5 ke atas), berstem beralamat sendiri ke Pengedar Tunggul GT:

Ghazali Bunari,
FPPSM, UTM
81310 Skudai.
Johor.

5 comments:

Unknown said...

tak sempat nak sumbang utk GT4.. GT5 plak lambat lagi..bak kata TOK Rimau la.. err..takpe..sempat kumpul entry best2 nanti.

Anonymous said...

saya ada 9 SEMBILAN GT4 utk dijual.Just ym me. Rudy Bluehikari

Tok Rimau said...

Ini tok cedok dari blog bear. Nak buat artikel utk GT5:

Suasana sunyi bila masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba berderai ketawa! Aku bergolek-golek menekan perut.
"Apasal nie?", Mak aku bertanya pelik.

Aku bacakan artikel 'Jelingan Ayah' nukilan saudara Nordin. Aku bacakan bait demi bait. Biler sampai part Abang Nordin (masa kecil-kecilnya) memasukkan semula kain pelikat tok imam tue di celahan punggung semasa sedang sembahyang, aku dan mak tak boleh tahan. Bergema lagi ketawa seisi rumah.

"Pasnie, mak nak pinjam buku tue yee?!", hurmm
"Ok!", betapalah GT boleh memesrakan 2 jiwa!

Tambahan:
pagi tadi cari GT4 kat ruang tamu tak jumpa. musti dia bawak baca dalam bilik nie. hehehe, kena sorok gt1 sampai gt3, kalau tak nanti dia tak moh masak plak nanti!

Wkekekek....aku baca GT dalam class. Sampai satu class pinjam, bila dah sampai kat aku...dah lunyai, Tok tak ada planning ker nak buat hard cober skit.-doBot

Tok Rimau said...

dari Blog Langit Malam
1230PM.Encik Op datang dengan kereta merahnya.Sampul surat bersaiz A4 dan wang kertas bertukar tangan melalui tingkap kereta dalam masa tak sampai 30 saat.Aksi yang agak mencurigakan.Isk,tiba-tiba aku terasa macam dalam drama siri penyiasatan.Nasib baik aku tak pakai cermin mata hitam.Ha ha ha.Selepas itu aku berlalu pergi,sambil tangan menyelongkar sampul surat.Tak sabar betul.

5 minit selepas itu tiba di KLS.Cari bangku kosong dan mula menyelak setiap helai dengan rakus.Sesekali tangan melekap ke
mulut.Cover mulut yang tersengih,tersenyum-senyum baca GT1,GT2 dan GT3.Takut orang sebelah tengok dengan muka pelik (sinis).Sejam selepas itu,makan di La Cucur.Soto ayam terasa sedap sangat,selalu supnya tawar.Nescafe ais pun sedap,manis-manis kelat.Alhamdulillah.Bahagianya aku rasa!

Dari Blog Pyrokumprinx
Nak tau kedahsyatan cerita ni, aku dah hantar kat Gangguan Teksual, tapi kena rijek. Sebab tak sesuai untuk kanak-kanak.

Romantis Selatan said...

Johor? Selatan? Johor? Selatan? Johor? Selatan? Johor? Selatan?Johor? Selatan? Johor? Selatan?Johor? Selatan? Johor? Selatan?Johor? Selatan? Johor? Selatan?Johor? Selatan? Johor? Selatan?Johor? Selatan? Johor? Selatan?Johor? Selatan? Johor? Selatan?Johor? Selatan? Johor? Selatan?Johor? Selatan? Johor? Selatan?
Study? Exam? Study? Exam? Study? Exam? Study? Exam? Study? Exam?