Wednesday, April 20, 2005

GT5 Ke Arah Literasi Bersepadu!


Draf awal kulit GT5 oleh http://sinaganaga.blogspot.com

PANGGILAN UNTUK SUMBANGAN ARTIKEL GT5
1. Lepas itu minah a.k.a. mak orang itu sound aku, "macam mana awak bawak motor?" http://e-1.blogspot.com + kawan-kawan

2.Persatuan tu dah tamat akibat dari kes itu. http://ayobkelubi.blogspot.com + rakan-rakan

3. Tauke kedai bagi aku gelas dan pada gelas itu tertera RM1.50. - http://www.danchan.com/weblog/harimauj

4. Hujung semester nanti saya penuhkan borang penilaian Encik dengan kata-kata pujian melambung ke planet Musytari ya.- http://chempakasari.blogspot.com

5. Sepatutnya kau tebang je pokok tu. - http://kelambu.blogspot.com

6. Oleh kerana kami tidak membawa towel kecil untuk menutup anu, kami cekup anu dengan kedua-dua tapak tangan sahajalah. - http://sinaganaga.blogspot.com

7.

8.
9.
10.
11.
12.
13.

{GT5 cuma akan siap jika terdapat 13 penyertaan. Oleh itu jangan hantar duit anda sekarang. Tunggu.}



PERATURAN
Jangan mencarut. Langgar syarak dan undang-undang. Kalau tidak rajin baca peraturan, sila lihat GAMBAR.

FORMAT :Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Pada header letak url weblog + pada footer letak e-mel penulis dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Guna ayat lengkap. Patuh pada tatabahasa bagi memudahkan pembacaan. Jadilah mesra pembaca. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.

Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang had saiz kertas A4. Penyusun berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak ikut peraturan. Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.

Hantar 100 helai guna Pos ekspres. Sertakan sampul Pos Ekspress beralamat sendiri untuk 5 naskah percuma milik penulis. Jika ada kemushkilan, sila tanya penulis2 sebelum ini. Lihat senarai dlm arkib.

PANDUAN TEMPLATE
Download contoh template dengan menekan butang kanan mouse. Save target as.

Panduan POS EKSPRESS:
Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan PembeliSize: 340 mm X 250 mm Price: RM7.00 Max weight allowed: 1kgSize: 250 mm X 219 mm Price: RM6.00 Max weight allowed: 750gmSize: 353mm X 250mm Price: RM4.00 Max weight allowed: 500gm (saiz paling sesuai untuk 100 helai kertas A4 ATAU 5 naskah GT)Size: 229mm X 162mm Price: RM3.00 Max weight allowed: 200gmLaman POS

APA PENULIS-PENULIS DAPAT DARI PROJEK INI
1. 5 naskah percuma
2. Promosi url weblog secara cetak
3. Hak untuk mencetak semula GT
4. Hak untuk mengedar dan menjual GT
5. Kepuasan dapat menurunkan tandatangan.

TANGGUNGJAWAB PENULIS
1. Menulis mengikut format dan syarat.
2. Memastikan ada ruang kelegaan untuk stapling.
3. Mengirim 100 set via Pos Ekspress (RM4)
4. Menyertakan sampul Pos Ekspress (RM4) beralamat sendiri untuk pemulangan 5 naskah percuma milik penulis.
5. Untuk peserta JURING, sila hantar satu salinan kepada Mat Jan dan Pak Bear.

TARIKH TUTUP:
Tiada tarikh tutup. Cukup 13 penyertaan. Tok tutup penyertaan. Siapa cepat dia dapoat :) Yang lambat Tok pindahkan ke GT edosi seterusnya (Kalau rajin la).

ALAMAT SURAT MENYURAT
(Jangan hantar polong pulak)
ghazali bunariFPPSM,81310 UTM SkudaiJohor

PEMBELIAN/TEMPAHAN
Harga masih mahal seperti hari-hari biasa. RM5 untuk senaskah (50 mukasurat). Sementara stok masih ada. Estimated Circulation: 100 naskah sahaja. Jika stok habis, Tok kirim edisi yang berikutnya.Sila hantar wang pos ke nama dan alamat agen tok seperti yang tertera di bawah. Jangan lupa bagi alamat ruamah anda. Tok TIADA akaun maybank2u atau mana-mana e-bank. Tok menyokong perjuangan posmen tempatan :)..........Adalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian dijemput menulis untuk zine Gangguan Teksual.

UNTUK PEMBELI
GT boleh dibeli dari mana2 penulis yg tersenarai tetapi kalau berdegil nak beli dgn tok Rimau maka Harga Gangguan Teksual(GT) : RM5 + Pos RM1 = RM6. Jika membeli lebih dari 1 GT tambah RM1 untuk setiap GT. Jangan persoalkan kenapa harga pos mahal. Jawapannya harga minyak naik.
1. SMS nama dan alamat ke 012-7652115 dan nyatakan hasrat mahu beli GT."Nama. Alamat. Saya Nak GT!"
2. Tok akan balas SMS :a) Tok BalasTok balas memberi kelulusan."Hantar Top UP pada 012-7652115." Teruskan ke prosedur 3. atau b) Jika dah SOLD OUT, Tok akan bagi tahu agar tidak meneruskan pembayaran. "SudahTerlambat.GTSOLDOUT"dan urusan jualbeli tamat. Cari jurujual lain.
3. Untuk pengguna 012 HOTLINK: SHARE TOP UP dengan 012-7652115 Sebanyak jumlah GT yang hendak dibeli. Rujuk di atas.(Tutorial )
4. Untuk pengguna servis lain. Pergi kedai dan beli top up 012 maxis bersesuai dgn jumlah GT yang hendak dibeli. SMS PIN Number Top Up pada Tok. Bila Tok berjaya tambah nilai, tok akan bagitau pembeli.Tok niaga GT bukan untuk kumpul duit pergi Mekah balik hari. Sekadar cukup untuk Top Up sebulan dan suka-suka sahaja.

p.s.
Kalau kenyataan di atas mengelirukan. Gunakan cara lama. Hantar wang pos RM5 dan sampul surat (saiz A5 ke atas), berstem beralamat sendiri

11 comments:

Anonymous said...

astaga tok...
buatlah perenggan lenkali...
fening kepala lah...

*GT4 sepatutnya ditukar pada GT5, dan GT5 ditukarkan pada GT6..

Mar said...

Tok, Mar ada hantar tulisan untuk GT5. Harap Tok terima dan luluskan untuk dibukukan. Terima kasih.

Mar said...

Dah selamat sampai ya, Tok. Terima kasih :)

Anonymous said...

aku ada 2 set kompilasi lagi tok. sedang susun.

sinaganaga said...

bila nak terbit?

Anonymous said...

Tumpang lalu tok...
Projek yang menarik.

Naim said...

A'kum...Tok, panduan templete tu tak boleh dimuat turun.

nak juga hantar artikel pd GT5, boleh emailkan panduan tu ke mail box saya?

hanafi_naim@yahoo.com

Dhani said...

salam revolusi. saya dhani dari Papakerma Distro menulis disini. sebetulnya, pada 11.3.06 bersamaan dengan hari sabtu ini kami [Papakerma] dengan kerjasama Artport, Galeri Shah Alam akan mengajurkan zine/alternative book fair. dengan itu, disini kami ingin menjemput pihak kamu untuk turut sama menjayakan acara yang kami anjurkan ini. sila datang ke Galeri Shah Alam dengan membawa buku-buku yang ingin dijual/dipamerkan pada 11.3.06 ini. kami menyediakan tempat [menjual buku] secara percuma kepada orang ramai. acara akan bermula seawal jam 10 pagi. flyers/maklumat lanjut akan kami sediakan dalam masa terdekat ini di: www.papakerma.com . apa2 pertanyaan sila ajukan kepada saya di 019 2508857. sekian.terima kasih.

Pencarut Keji said...

err.. cam ne nak send artikel? nape tak leh download pun.. aduh.. :( btw.. kalau ada sesapa yg rase2 minat boleh lah lawat aku punye blog.. ;) okeh..

Anonymous said...

What a great site Plush manufacturers of dog toys and treats student consolidation loan lenders11 dishwasher door panel kit Replacement coffee maker parts Vitamin mineral herbal supplement irs tax bracket 2003 Mr dishwasher australia Johnson acuvue advance

PICK-PACK-POST said...

Get 5% discounts when you make minimum purchase of RM100 for any size of Pos Ekspres Envelopes. Call Myra at 018-2398006 or 03-42800160 to order. We will send it right in front of your doorstep.