Tuesday, August 24, 2004

Jemputan Untuk Menulis GT 2.0

JEMPUTAN TERBUKA:
Sesiapa yang ingin terlibat dengan Gangguan Teksual
Versi 2.0 (GT 2.0.)

Format:
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Pada header letak url weblog + pada footer letak e-mel penulis dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.

Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang catatan. Namun begitu, GT2 memerlukan salah satu artikel itu menyebut Ramadhan atau Syawal kerana saya bercadang melancarkannya pada malam 7 likur. Penyusun berhak menolak mana-mana
penyertaan yang tidak ikut peraturan. Keutamaan diberikan kepada kandungan yang mengandungi:
1. makluburan 18sx dan 18pl
2. ledakan kemarahan, jujur berapi
3. keinsafan, kesedaran, motivasi
5. mengganggu fikiran pembaca
6. sinis lagi humor
7. Jimnastik Linguistik tahap dewa

Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.

Hantar 100 helai ke alamat dibawah (lagi bagus kalau guna Pos ekspres). Sertakan sampulsurat beralamat sendiri dgn stem untuk 5 naskah percuma milik penulis.


ghazali bunari
FPPSM,
81310 UTM Skudai
Johor

Panduan Stem:
Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan Pembeli
...........
1 naskah GT guna pos biasa = RM0.50
1 naskah GT Pos Ekspress = RM3.00
5 naskah GT guna pos biasa = RM3.00
100 helai kertas guna pos biasa = RM3.50
100 helai kertas Pos Ekspress = RM4.00
200 helai kertas Pos Ekspress =RM7.00

APA PENULIS-PENULIS DAPAT DARI PROJEK INI
1. 5 naskah percuma
2. Promosi url weblog secara cetak
3. Hak untuk mencetak semula GT
4. Hak untuk mengedar dan menjual GT
5. Kepuasan

=====
Perbincangan/ Forum GT 2.0

Gangguan Teksual masuk pasar


GT 1.0
Harga: RM5.00 + pos
Penyusun: Ghazali Bunari mel:harimauj(at)yahoo.com
Penulis: Geng Jurnal http://www.jurnal.biz
The Making of Gangguan Teksual V 1.0 Beta

Gangguan Teksual siap dijilid dan sudah mula masuk pasar. Spyz datang sendiri ambil naskahnya dengan tangan. Bahagian Jigo pun dia ambilkan. Jimat duit stem. Naskah-naskah lain akan dipos kepada pengedar hari ini.

JEMPUTAN TERBUKA:
Sesiapa yang ingin terlibat dengan Gangguan Teksual Versi 2.0 (GT 2.0.)

Laman Rasmi: http://gangguan.blogpot.com

Format:
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Tiada header + footer dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.

Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang catatan. Namun begitu, GT2 memerlukan salah satu artikel itu menyebut Ramadhan atau Syawal kerana saya bercadang melancarkannya pada malam 7 likur. Penyusun berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak ikut peraturan. Keutamaan diberikan kepada kandungan yang mengandungi:
1. makluburan 18sx dan 18pl
2. ledakan kemarahan, jujur berapi
3. keinsafan, kesedaran, motivasi
5. mengganggu fikiran pembaca
6. sinis lagi humor
7. Jimnastik Linguistik tahap dewa

Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.

Hantar 100 helai ke alamat dibawah (lagi bagus kalau guna Posekspres). Sertakan sampulsurat beralamat sendiri dgn stem untuk 5 naskah percuma milik penulis.

Penulis yang terlibat berhak buat membuat salinan semula GT untuk tujuan komersial.


ghazali bunari
FPPSM,
81310 UTM Skudai
Johor

Panduan Stem:
Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan Pembeli
...........
1 naskah GT guna pos biasa = RM0.50
1 naskah GT Pos Ekspress = RM3.00
5 naskah GT guna pos biasa = RM3.00
100 helai kertas guna pos biasa = RM3.50
100 helai kertas Pos Ekspress = RM4.00
200 helai kertas Pos Ekspress =RM7.00

Thursday, August 12, 2004

Soalan Dari ayob Kelubi

Soalan:

Date:
Wed, 11 Aug 2004 07:39:41 -0700 (PDT)
From:
"ayob kelubi"
Subject:
pertanyaan
To:
harimauj@yahoo.com

assalamualaikum di ucapkan pada tuan presiden GJ.

saya ada beberapa soalan mengenai GT yang seperti di war-warkan dalam gangguan.blospot tu.

minta maaf lah kerana saya tak beberapa update mengenai GT ni.baru malam saya menghantar mail ni saya perasan akan kewujudan GT ni.

soalan saya

boleh tak tok terangkan sedikit mengenai GT ni?.

bagaimana cara hendak menyumbangkan khidmat saya ke dalam GT ni?
jika tidak dpt utk GT satu,maybe ke dalam GT dua nanti.

adakah pengedar-pengedar yang ada dalam senarai itu saja yang boleh saya buat tempahan?.

itu saja .terima kasih


Jawapan:
Web adalah medium elit. Tidak ramai yang punya capaian terhadapnya. Banyak karya yang baik terkurung dalam server hanya untuk tontonan elit. Projek ini bertujuan memperluaskan sebaran penulisan dari web kepada golongan tanpa kemudahan web. Gangguan Teksual merupa projek himpunan catatan terpilih dari pemilik weblog Malaysia dalam medium cetak. Penulis-penulis bertindak sebagai penulis, penyunting, pencetak dan pengedar. Projek ini diusahakan secara kolektivisme.
Prosedur penghasilan1. Penyelaras memikirkan sebuah naskah berbentuk majalah/buku dengan 52 mukasurat. Mukasurat itu diamanahkan kepada 14 penulis untuk menyediakannya.
2. Mereka pilih tulisan terbaik mereka dari weblog masing-masing dan menyuntingnya. Mereka baiki penulisan itu sesuai untuk media cetak.
3. Mereka buat fotokopi tulisan itu sebanyak 100 salinan dan mengirimnya kepada penyelaras.
4. Penyelaras mengumpul semua kertas yang dikirim lalu disusun serta dijilid dengan stapler. 4 hingga 5 naskah akan dikirim semula kepada setiap penulis untuk diedarkan atau dijual. Tempahan hanya boleh dibuat dengan penulis-penulis terlibat kerana mereka sahaja yang simpan stok serta diberi hak utk cetak semula.
5. Penyelaras menyimpan lebih banyak naskah untuk tujuan promosi dan menanggung kos pengurusan.
6. Tuan boleh ambil bahagian dalam GT2. Beberapa perubahan prosedur akan dibuat bagi urusan penambahbaikan. GT2 akan diiklankan tendernya tidak lama lagi.

Wednesday, August 11, 2004

Mengambil Tempahan

Ada yang sudah buat tempahan baju kurung walau raya lama lagi. GT hampir siap tidak berapa lagi. 1 minggu lagi kot. Penulis-penulis semua bolehlah ambil tempahan. Sesiapa yang nak beli GT boleh hubungi mana-mana penulis. Harga RM5 tapi kalau pandai bodek, mungkin mereka boleh bagi diskaun. Tok sendiri dah ambil tempahan dari:
1. Ika 2. Din Jking 3. Yadziz 4. Iwan 5. AyAres151 6. amyz

Berikut adalah senarai salesman dengan stok terhad, siapa cepat dia dapat. Sila hubungi mereka jika anda mahu GT:
harimauj@yahoo.comx
sultanmuzaffar@gmail.comx
fajaril@yahoo.comx
mah649@hotmail.comx
nett00@yahoo.comx
beruangmalaya@yahoo.comx
miecreation78@yahoo.comx
maxalon@hotmail.comx
jongkangjongket@yahoo.comx
pyzul@yahoo.comx
izalatif@yahoo.comx
vicenata2000@yahoo.comx
deadkafka@yahoo.comx
design@lasso.com.myx

*buang x dihujung alamat email tu sebelum pos. X sengaja diletakkan disitu untuk mengelirukan orang yang melombong emel utk tujuan spam.

Monday, August 09, 2004

GT Jigo sampai.

Jigo. Artikel penulis terakhir sampai. Ironinya inilah penulis yg pertama mendaftar diri dulu.

"Jika perempuan marah dan memanggil lelaki seorang lelaki sebagai "jantan' itu sebenarnya merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai harganya." jiGOMorison.- ms 51.

Kulit GT

Satu naskah awal GT telah diserahkan pada Didiz untuk dikaji. Didiz akan merekabentuk kulit yang sesuai untuk GT.

Gangguan Teksual

Penyusun: Ghazali Bunari
Laman: http://gangguan.blogspot.com
Penulis: Geng Jurnal (http://www.jurnal.biz)
Penyunting: Tiada
Rekabentuk Kulit: Didiz
Pencetak: Penulis
Pengedar: Penulis
Hakcipta: Penulis

Tempahan:
Harga rasmi Gangguan Teksual 1 adalah RM5. Sila hubungi salah seorang dari penulis yang terlibat.

Semua penulis sudah menunaikan tanggungjawab.

1. Sultan Muzaffar telah menghantar artikelnya bersama surat tunjuksebab kerana kelewatan.

" Anda masih ingat nama doktor yang melawat Nemo (Kucing) sewaktu di akademi Fantasia" - Sultan Muzaffar, ms 23

2. Rudy punya artikel sampai setelah ada cubaan oleh pihak "posmen" pejabatnya utk menyembunyikan surat.
"Ambil 20 ekor sudahlah, bawak ke makmal." - Rudy, ms 3.

3. Jigo punya artikel masih dalam lori pos. Dia kirim pada Sabtu lepas. Dia lewat kerana isterinya masuk wad. Semoga sembuh lekas.

.................

GT ver. 1 (Beta). Ada beberapa bug. Antaranya:
a) Mukasurat 45-46 berulang dua kali. Muka 41-42 pula telah hilang. Pun begitu 45-46 (A) berbeza dengan 45-46 (B) dari segi kandungan.
b) Ada artikel yang tidak mengikut format.
c) Ada masalah sedikit untuk dapatkan layout yang membenarkan lipatan tengah yang sempurna.

Namun begitu tujuan GT untuk mengganggu pemikiran adalah tercapai. Tayangan previu diberikan kepada Udika dan Kak Tin. Yang paling menganggu adalah artikel Rosram. Fuh!

Untuk GT2, sila sediakan artikel untuk 4 mukasurat. Jemputan terbuka akan diumumkan tidak lama lagi.