Friday, June 01, 2012

PROJEK BUKU SAINS FIKSYEN



Tajuk (cadangan awal) PISTOL LASER / SENJATA RINGAN / MESIN MASA PAK LONG / ROBOT PERTAMA YANG MENANGIS

Tema
Naratif fiksyen sains dengan penutup cerita di luar jangkaan pembaca.

contoh konsep cerita:
  • Pemuda Merentas Masa Menyelamatkan Balai Polis Bukit Kepong
  • Firdaus Berkahwin Dengan Makhluk Zuhal
  • Robot Singapura Vs Zombies Ulu Tiram
  • Virus Dalam Telefon Bimbit Pandai Main Twitter
  • Zanji Sebuah Mangkuk Terbang
 (hanya menyebut beberapa)


Sasaran Bilangan penulis terlibat
20


Penerbit 
Sindiket Sol-jah (Penerbit buku-buku mandiri bermutu tinggi)



BERMINAT JADI PENULIS? HANTAR CADANGAN CERITA
Jika anda berminat dengan projek ini, tulis satu cadangan cerpen fiksyen sains dan hantar ke tokrimau(at)gmail(dot)com. 

FORMAT CADANGAN CERPEN. (Jawab 5 soalan ini)
  1. Beri latar belakang watak utama.
  2. Dengan apa atau siapa watak utama berkonflik?
  3. Bagaimanakah watak utama menyelesaikan konfliknya?
  4. Apakah pintalan cerita (plot twist) di hujung cerita? 
  5. Apakah tema cerpen anda?


Letak tajuk emel CADANGAN CERITA FIKSYEN SAINS. Tunjuk kebolehan mengawal nahu, tanda baca, ejaan dan naratif. Tiada had berapa banya cerita nak hantar.

Saya hubungi jika saya suka. Tolong jangan belasah saya jika saya tak hubungi.

TIADA DEADLINE lagi, cukup 20 orang terpilih, baru kita rancang deadline. ...



JIKA TERPILIH:
Tugas Penulis
1. Bayar RM200 kepada penerbit. Penerbit akan gunakan duit ni untuk urusan penerbitan. Pulangan kepada penulis rujuk perkara 4.
2. Tulis cerita 8 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing, format .doc)
3. Bertanggung jawab terhadap nahu dan ejaan tulisannya. Dapatkan seseorang untuk menyunting tulisan itu.
4. Hantar tulisan ke tokrimau(at)gmail(dot)com .
5. Penulis mendapat 30 naskah buku yang boleh dijual dengan harga RM20/naskah. Kalau terjual semua, RM600. Kaya!
6. Jika penulis mahu jual lagi, penulis boleh bincang dengan Sol-jah untuk dapatkan harga borong.



Tugas Penerbit
1. Mengenal pasti penulis berwibawa.
2. Mengumpulkan modal lebih kurang RM2000 untuk memula projek.
3. Mencari sumber kewangan lain menampung kos pengurusan.
4. Mengumpulkan tulisan lebih kurang 200 muka surat.
5. Membuat susun atur buku profesional.
6. Membuat rekabentuk kulit buku profesional.
7. Hantar buku untuk dicetak buku.
8. Penerbit TIDAK membuat proses suntingan/editorial secara terperinci. Penulis kena usahakan sendiri.

2 comments:

nabihah said...

susah juge nak jwb 5 soalan tu

Jeffri Rahman said...

aku mcm berminat la beb. lagi senang aku 4 mata dengan kau, kat alumni ke..mak jah ke..