Tajuk
GANGGUAN
Tema
Naratif mistik dengan penutup cerita di luar jangkaan pembaca.
Bilangan penulis terlibat
10
Penerbit
Sindiket Sol-jah (Penerbit buku-buku indie bermutu tinggi)
Tugas Penulis
- Bayar RM200 kepada penerbit. Penerbit akan gunakan duit ni untuk urusan penerbitan. Pulangan kepada penulis rujuk perkara 4.
- Tulis cerita10 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing, format .doc)
- Bertanggung jawab terhadap nahu dan ejaan tulisannya. Dapatkan seseorang untuk menyunting tulisan itu.
- Hantar tulisan ke tokrimau(at)gmail(dot)com sebelum 1 November 2010.
- Penulis mendapat 30 naskah buku yang boleh dijual dengan harga RM15/naskah. Kalau terjual semua, RM450. Kaya!
Tugas Penerbit
- Mengenal pasti penulis berwibawa.
- Mengumpulkan modal RM2000 untuk memula projek.
- Mencari sumber kewangan lain menampung kos pengurusan.
- Mengumpulkan tulisan 100 muka surat.
- Membuat susun atur buku professional.
- Membuat rekabentuk kulit buku professional.
- Hantar buku untuk dicetak buku.
- Mengirim 30 buku kepada penulis sebelum 1 Januari 2011.
- Penerbit TIDAK membuat proses suntingan/editorial.
Jika anda berminat dengan projek ini, tulis satu cerita hantu bawah 100 patah perkataan dan hantar ke tokrimau(at)gmail(dot)com sebelum 1 Syawal ini. Letak tajuk emel UJIBAKAT BUKU HANTU. Tunjuk kebolehan mengawal nahu, tanda baca, ejaan dan naratif.
Saya hubungi jika saya suka. Tolong jangan santau saya jika saya tak hubungi.
....
Senarai penulis yang mengujibakat:
- Salamah Mustafa - Barah Payu Dara Hantu Kopek
- Harris Maulana - Krisis Air Kampung Bunian
- Farah Faridah Daniel - Mengail Puyu Di Lubuk Puaka
- Dharma Dasuki - Kemiyan Satu Guni
- Dewi Saravanan - Pokok Besar Belakang Kuil
- Lan Siew Sein - Pesta Puja Roh
- Mahusin Syaban - Air Jampi Satu Tempayan Untuk Calon UPSR
- Barbican Straberry - Hantu Yang Marahkan Teksi Tidak Pakai Meter
- Getaranjiwa - Ahaha
- Adib Eshak - Kau Buka Mata Kau Sakit
- Fikri Kacak - Kerana Letih Darah Hamba Hamba Gadaikan
- Meor Ballack Azmil - Bomoh Diman
- Anwar Adnan - Turun daripada tangga
- Ayob Kelubi - Langsuir Lorong Wak Zam
- Saudagar Garam - Jangan Kurang
- Rahimin- Tali Pengikat Jenazah Wan Upik
- Encik Well - Penunggu Jamban
- Muhammad Affiq Omar - Itu Bukan Salleh
- Syuqri Qasturi - Helen
- Norizwan Azlan - Hantu Nenek Locker
- Ay Yusof - Bila Dia Menyapa di Pagi Hari
- Abrar Chek Teh - Sakat Tersakat
- Rusdy Razak - Kuarters Kosong
- Aimi Ainis - Nasib Si Ibu
- Hafiz Terompah Kayu - Rokiah Hencut
- Bro Framestone - Jadian
- Fairul Habang - Dia Juga Mahu Berlakon
Senarai Penulis Angker Setakat Ini. Ikut laluan ekspress tanpa ujibakat (Senarai penuh lepas raya):
- Kumprinx (Tauke Blog Gambar Hantu)
- Mona Yanti (Apprentis Tukang Urut Orang Lepas Bersalin)
- Tok Rimau (Ketua projek pun jatuh nombor 3. Betapa gua tak gila kuasa.)
- Jimbo Ulu Tiram (Pemegang tender bersih kubur kawasan Ulu Tiram)
12 comments:
peh
Aku penakot ngan tut tut tut tu...
Boleh ker tulis...
Gua tengah cari Tamar Jalis untuk join projek ni.
on D way huhuhu
Baharu Cikgu Tamrin melabuhkan punggung di kerusinya, telefonnya berbunyi. Pantas dicapai telefonnya. Di hujung talian ,kedengaran suara bapa Sahril,ketua pasukan pengakap sekolah yang baru pulang dari perkhemahan dengannya.
"Ya,Encik Ali..kenapa ya?..maklumkan apa ya?..bila?..APA??sejak empat hari lepas?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sahril, kamu pastikan semua ahli cukup sebelum kita balik. Saya tak mahu dengar ada yang tertinggal. Faham?" tegas Cikgu Tamrin kepada anak buahnya itu.
Muka Sahril cukup serius malam itu. Pucat. Seolah ada yang tidak kena. Mungkin terlalu penat ,fikir Cikgu Tamrin.
Tiada jawapan. Sekadar anggukan perlahan yang diterima Cikgu Tamrin.
"Kita bertolak. Dah cukup semua?" Tanya Cikgu Tamrin selepas semua berkumpul.
"Cukup..tak kurang" jawab Sahril
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Hello Cikgu Tamrin..saya mintak maaf ya..Sahril tak sempat maklumkan..dia tak dapat ikut perkhemahan semalam..tak sihat.dah masuk 4 hari dah ni cikgu." Suara EncikAli,bapa Sahril
Peluh sejuk menitik di dahi Cikgu Tamrin. Siapa yang dibawanya pulang dari kaki Gunung Angsi itu?
camne nak ujibakat ni...
power projek ni. boleh pakai mercedes mata belalang kalau kena caranya.
Eeiiiiiuuuuu...
pergghhh!!..
oh Tamar Jalis, penulis ikonku.
last ramadhan ade sent kat email... ade terima x tok..???
Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House
Post a Comment