Monday, September 13, 2010

SENARAI FINALIS BUKU GANGGUAN - Projek Buku Angker



  1. Kumprinx
  2. Mona Yanti
  3. Tok Rimau
  4. Kusyi Hirdan
  5. Aimi Anis
  6. Fikri Kacak
  7. Ay Yusof
  8. Ayob Kelubi
  9. Rahimin Idris
  10. Syuqri 'Kringet' Qasturi 
Tahniah! Nama-nama berikut telah dipilih sebagai penulis untuk projek Buku Gangguan. Nama-nama ini dipilih untuk menepati konsep buku angker yang rencam. Keputusan saya muktamad.

Ini tidak bermakna saya membuang nama-nama lain. Saya meletakkan nama mereka dalam senarai rizab. Jika ada mana-mana individu terpilih gagal melaksanakan tugasan sebelum tarikh yang ditetapkan, maka nama itu akan digugurkan dan nama lain akan dijemput.


Tugasan:
  1. Bayar RM200 kepada penerbit sebelum 10 Oktober 2010. Penerbit akan gunakan duit ni untuk urusan penerbitan. Pulangan kepada penulis rujuk perkara 4.
  2. Tulis cerita10 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing, format .doc). 
  3. Penulis boleh memilih menulis satu cerita untuk semua 10 muka surat atau beberapa cerita untuk 10 mukasurat. 
  4. Cerita tersebut tidak semestinya ada kaitan dengan tulisan untuk ujibakat.
  5. Bertanggung jawab terhadap nahu dan ejaan tulisannya. Dapatkan seseorang untuk menyunting tulisan itu.
  6. Hantar tulisan ke tokrimau(at)gmail(dot)com sebelum 1 November 2010. Tulis subjek e-mel tersebut BUKU GANGGUAN.
  7. Penulis mendapat 30 naskah buku yang boleh dijual dengan harga RM15/naskah. Kalau terjual semua, RM450. Kaya!
  8. Buku akan siap dicetak 1 Januari 2011.
Selamat menulis.

3 comments:

sinaganaga said...

Bagus, bagus!

Yang tak terpilih - boleh buat buku siri kedua ke, hape ke - amacam? he he

gua.kringet said...

Terima kasih Tok. Ini gua anggap bukan lagi sebagai penghormatan tetapi sebagai satu tanggungjawab. Selamat menulis untuk diri gua. Gua dah mula seram.

[ p/s : Sebelum hasil karya gua kena edit, gua nak edit entri Tok ni. Bawah tajuk TULISAN, ayat no. 1 tu 'Pulangan kepada penulis rujuk perkara 4'. Perkara 4 ke perkara 7? Heh... ]

Bro Framestone said...

tahniah huhuhu

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House