Saturday, March 26, 2005

Bagaimana Membeli Gangguan Teksual 4 Dari Tok Rimau

Harga Gangguan Teksual(GT) : RM5 + Pos RM1 = RM6. Jika membeli lebih dari 1 GT tambah RM1 untuk setiap GT. Jangan persoalkan kenapa harga pos mahal. Jawapannya harga minyak naik.

1. SMS nama dan alamat ke 012-7652115 dan nyatakan hasrat mahu beli GT.

"Nama Alamat. Saya Nak GT!"

2. Tok akan balas SMS :
a) Tok Balas

Tok balas memberi kelulusan.
"Hantar Top UP pada 012-7652115."
Teruskan ke prosedur 3.

atau

b) Jika dah SOLD OUT, Tok akan bagi tahu agar tidak meneruskan pembayaran. "SudahTerlambat.GTSOLDOUT"
dan urusan jualbeli tamat. Cari jurujual lain.

3. Untuk pengguna 012 HOTLINK: SHARE TOP UP dengan 012-7652115 Sebanyak jumlah GT yang hendak dibeli. Rujuk di atas.(Tutorial )

4. Untuk pengguna servis lain. Pergi kedai dan beli top up 012 maxis bersesuai dgn jumlah GT yang hendak dibeli. SMS PIN Number Top Up pada Tok. Bila Tok berjaya tambah nilai, tok akan bagitau pembeli.

Tok niaga GT bukan untuk kumpul duit pergi Mekah balik hari. Sekadar cukup untuk Top Up sebulan dan suka-suka sahaja.

p.S.:
Kalau kenyataan di atas mengelirukan. Gunakan cara lama. Hantar wang pos RM5 dan sampul surat (saiz A5 ke atas), berstem beralamat sendiri ke Pengedar Tunggul GT:

Ghazali Bunari,
FPPSM, UTM
81310 Skudai.
Johor.

Thursday, March 24, 2005

Gangguan Teksual 4.0


Cover GT4 oleh Si Naga Naga

Dalam masa 1 minggu GT4 akan masuk pasaran. Tempahlah GT anda dari jurujual yang berdekatan. Jurujual = penulis-penulis terlibat. Hubungi mereka via blog mereka.

1. Pak BERUANG: Pencuri zaman sekarang kalau nak mencuri memang bagi salam ke? -http://afxzal.blogspot.com

2. Abanggg, tolong beli garam. - http://jj.kroni.biz

3. Mahu tak mahu terlelap juga dengan kepala dan badan atas bot sedangkan kaki bergantung di laut. - http://www.paklong.net

4. Budak itu dibuang sekolah selepas pengetua dapat tahu dia mengandung. - http://maxalon.tripod.com

5. Benarkah cinta boleh membunuh sebuah persahabatan? - http://moplantai.com

6. Tali yang digunakan untuk menjerut lehernya adalah getah paip lutsinar. - http://bluehikari.com

7. Jadi, salah siapa awak tak boleh jawap tadi? - http://walids.blogspot.com

8. Kebetulan masa tu dia tengah mengait baju anak dia agaknya.- http://www.kroni.biz/nordin

9. Dan kawan kami, orang Asli yang seorang itu, bermotorsikal, jarang memasang lampu. Mata dia 'terang'. Konon.- http://sinaganaga.blogspot.com

10. Rumput-rumput atas kubur tok, cucu akan bersihkan. - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com

11. Aku tidak ingin jadi bayanganmu Aku bebas seperti burung dilangit luas Masa makan aku bayangkan mamak tu sebesar nasi yang aku telan Pokoknya terpulanglah kepada penghidap kurap itu sendiri. { PPB: Penulis-penulis Bersatu}

12. Ada dua konsep yang selalu dilakukan, antara tarik hujan atau tahan hujan. - http://hangbuah.blogspot.com

13. Elakkan menceritakan perkara rutin seperti pukul berapa anda gosok gigi. Pelawat mahukan berita unik, contohnya berapa hari anda tidak gosok gigi. http://www.danchan.com/weblog/harimauj

14. Konon-konon dapat side income lebih RM2000 sebulan tapi bukan sistem piramid.- http://www.wizurai.com

15. Habis tu tunang kau tak nangis? - http://berjenel.blogspot.com




PEMBELIAN/TEMPAHAN
Harga masih mahal seperti hari-hari biasa. RM5 untuk senaskah (50 mukasurat). Sementara stok masih ada. Estimated Circulation: 100 naskah sahaja. Jika stok habis, Tok kirim edisi yang berikutnya.Sila hantar wang pos ke nama dan alamat agen tok seperti yang tertera di bawah. Jangan lupa bagi alamat ruamah anda. Tok TIADA akaun maybank2u atau mana-mana e-bank. Tok menyokong perjuangan posmen tempatan :)..........Adalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian dijemput menulis untuk zine Gangguan Teksual.

PERATURAN
Jangan mencarut. Langgar syarak dan undang-undang. Kalau tidak rajin baca peraturan, sila lihat GAMBAR.

FORMAT
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Pada header letak url weblog + pada footer letak e-mel penulis dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Guna ayat lengkap. Patuh pada tatabahasa bagi memudahkan pembacaan. Jadilah mesra pembaca. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang had saiz kertas A4. Penyusun berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak ikut peraturan.Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.Hantar 100 helai guna Pos ekspres. Sertakan sampul Pos Ekspress beralamat sendiri untuk 5 naskah percuma milik penulis. Jika ada kemushkilan, sila tanya penulis2 sebelum ini. Lihat senarai dlm arkib.

PANDUAN TEMPLATE
Download Template dengan menekan butang kanan mouse. Save target as.Panduan POS EKSPRESS:Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan PembeliSize: 340 mm X 250 mm Price: RM7.00 Max weight allowed: 1kgSize: 250 mm X 219 mm Price: RM6.00 Max weight allowed: 750gmSize: 353mm X 250mm Price: RM4.00 Max weight allowed: 500gm (saiz paling sesuai untuk 100 helai kertas A4 ATAU 5 naskah GT)Size: 229mm X 162mm Price: RM3.00 Max weight allowed: 200gmLaman POS

APA PENULIS-PENULIS DAPAT DARI PROJEK INI1. 5 naskah percuma2. Promosi url weblog secara cetak3. Hak untuk mencetak semula GT4. Hak untuk mengedar dan menjual GT5. Kepuasan dapat menurunkan tandatangan.TANGGUNGJAWAB PENULIS1. Menulis mengikut format dan syarat.2. Memastikan ada ruang kelegaan untuk stapling.3. Mengirim 100 set via Pos Ekspress (RM4)4. Menyertakan sampul Pos Ekspress (RM4) beralamat sendiri untuk pemulangan 5 naskah percuma milik penulis.TARIKH TUTUP: Tiada tarikh tutup. Cukup 13 penyertaan. Tok tutup penyertaan. Siapa cepat dia dapoat :) Yang lambat Tok pindahkan ke GT5 (Kalau rajin la).

ALAMAT SURAT MENYURAT (Jangan hantar polong pulak)
ghazali bunariFPPSM,81310 UTM SkudaiJohor

p.s.
GT3 Sold OUt!