Sindiket Sol-jah mahu bikin sebuah buku visual. Projek ini kita namakan PENCAKAR KERTAS.
Projek Pencakar Kertas adalah sebuah projek mendokumentasikan lukisan-lukisan dari buku lakaran (Sketchbook) peribadi pelukis. Buku ini kelak memuatkan Biodata ringkas artis dan contoh-contoh lakaran artis dengan caption . 10 muka surat diperuntukkan untuk satu artis.
PRAKATA
Buku lakaran adalah bukti fizikal proses kreatif seorang seniman. Seniman melakar pemerhatiannya atau menghasilkan kerja seni dalam buku lakaran. Dalam banyak masa, lakaran ini akan berada dalam simpanan peribadi pelukis.
Buku Pencakar Kertas mengintai buku lakaran seniman dan seterusnya mempamerkan 10 lakaran bagi setiap artis.
SPEFIKASI BUKU
Tajuk Projek Buku: Pencakar Kertas
Saiz Buku:
Warna: Kelabu, Hitam dan Putih
Muka Surat: >100 laman
Bayaran Penyertaan Artis: RM250
Jumlah buku yang diagih kepada artis: 30
Harga cadangan buku : RM20
UJIBAKAT
Ujibakat untuk penyertaan
Pilihan 1: Di ruangan komen entri ini, beri saya emel dan url laman di mana lakaran-lakaran anda dipamerkan. Saya akan melawat web anda, dan hubungi anda jika saya berkenan.
Contoh: joergATgmail.com http://joerg-journals.blogspot.com/
Pilihan 2: Imbas atau ambil gambar 3 lukisan anda. E-mel hasil kerja anda dalam format JPG ke tokrimauATgmailDOTcom dengan tajuk Ujibakat Pencakar Kertas. Saya akan hubungi anda jika saya berkenan.
Pilihan 3: Buat kolaj hasil-hasil seni anda mengunakan software berkaitan, E-mail 3 hasil kerja anda dalam format JPG ke tokrimauATgmailDOTcom dengan tajuk Ujibakat Pencakar Kertas. Saya akan hubungi anda jika saya berkenan.
Contoh:
Syarat Lain
- Sertakan sekali caption untuk setiap imej yang dihantar. Minima 1 ayat, Maksima 7 ayat.
- Penerbit berhak resize imej yang dihantar dalam nisbah yang difikirkan logik dengan saiz buku.
- Tarikh tutup tiada. Macam bas KL-Klang, bila cukup penumpang dia jalan. Begitulah projek ini, bila cukup jumlah pengkarya, kita gerak.
CONTOH RUJUKAN
Contoh buku seumpamanya sebagai rujukan:
HANTAR HASIL SENI ANDA SEKARANG!
ARTIS TERPILIH SETAKAT INI
- Sinaganaga
- Tok Rimau
- Flowerman
- Firol Fizoku
- Siti Sabariah
3 comments:
Salam Tuan,
Sekadar mencuba nasib :)
URL: mrflowermanstudio.com
email: mrflowermanstudio@gmail.com
bila trikh tutup
Tiada tarikh tutup spesifik. Kita bertindak macam bas KL-Klang, cukup orang kita jalan. :-)
Post a Comment