Tajuk (cadangan awal) DARAH PANAS / GASAK
Tema
Naratif aksi dengan penutup cerita di luar jangkaan pembaca.
Bilangan penulis terlibat
20
Penerbit
Sindiket Sol-jah (Penerbit buku-buku mandiri bermutu tinggi)
BERMINAT JADI PENULIS? SERTAI UJIBAKAT
Jika anda berminat dengan projek ini, tulis satu sinopsis cerita lawan-lawan 100-200 patah perkataan dan hantar ke tokrimau(at)gmail(dot)com. Letak tajuk emel UJIBAKAT CERITA LAWAN-LAWAN. Tunjuk kebolehan mengawal nahu, tanda baca, ejaan dan naratif. Tiada had berapa banya cerita nak hantar. Pastikan sinopsis anda mesti dedahkan penutup cerita. Jangan buat saya terteka-teka.
Saya hubungi jika saya suka. Tolong jangan belasah saya jika saya tak hubungi.
TIADA DEADLINE lagi, cukup 20 orang terpilih, baru kita rancang deadline. ...
JIKA TERPILIH:
Tugas Penulis
1. Bayar RM200 kepada penerbit. Penerbit akan gunakan duit ni untuk urusan penerbitan. Pulangan kepada penulis rujuk perkara 4.
2. Tulis cerita10 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing, format .doc)
3. Bertanggung jawab terhadap nahu dan ejaan tulisannya. Dapatkan seseorang untuk menyunting tulisan itu.
4. Hantar tulisan ke tokrimau(at)gmail(dot)com .
5. Penulis mendapat 30 naskah buku yang boleh dijual dengan harga RMXX/naskah. Kalau terjual semua, RMXXX. Kaya! (Harga buku kita congak kemudian)
6. Jika penulis mahu jual lagi, penulis boleh bincang dengan Soljah untuk dapatkan harga borong.
Tugas Penerbit
1. Mengenal pasti penulis berwibawa.
2. Mengumpulkan modal RM2000 untuk memula projek.
3. Mencari sumber kewangan lain menampung kos pengurusan.
4. Mengumpulkan tulisan 200 muka surat.
5. Membuat susun atur buku profesional.
6. Membuat rekabentuk kulit buku profesional.
7. Hantar buku untuk dicetak buku.
8. Mengirim 30 buku kepada penulis.
9. Penerbit TIDAK membuat proses suntingan/editorial secara terperinci. Penulis kena usahakan sendiri.
....
SENARAI PENULIS TERPILIH BERDASARKAN UJIBAKAT SETAKAT INI
- Op
- Dean
- Naga
- Zan
- Spyz
- Tok
- Fikri Kacak
- Fandy Taher
- Abrar
- Mat Jan
- Vovin
- Anwar Adnan
- Dayang Noor
- Kumprinx
- Rudy Bluehikari
- Farida Nadia FY
- Pipiyapong
11 comments:
Sila betulkan ejaan `professional'. Sekian.
Pyan dah tegur. Perghhh bisa!
tok boleh terangkan sikit lawan-lawan tu mcm mana? adakah macam kao maki aku, aku maki kao?
sama macam puding melo. lawan2 ni macam-macam cara ke?
gaduh mulut dikira atau tidak?
tok nak aksi mcm dragon ball ke?
Cerita gasak ala Bloodsport, Crow Zero, 7 Samurai, Kick Ass, Dragon Ball, KL Gengster. Tapi ini semua movie. Kita nak bikin buku.
Buku genre aksi ni jarang orang orang buat.
saya sudah antar sinopsis citer kat tok. tajuk dia chen dan ho
tok bila nak bagi talk kat joho? saya suka film filim dan tulisan tok.
Ika,
Boleh, kalau ada jemputan rasmi.
mcm berminatla tok, tp badan kita tak sasa mana.
gua menyahut cabaran tok untuk menulis...sebelum raya cina, gua akan hantar draf bagi tok baca...sekian
tmpt 18,19 masih boleh di isi?
Post a Comment