Monday, September 26, 2011

PROJEK BUKU LAWAN-LAWAN


Tajuk (cadangan awal) DARAH PANAS / GASAK 


Tema
Naratif aksi dengan penutup cerita di luar jangkaan pembaca.

Bilangan penulis terlibat
20


Penerbit 
Sindiket Sol-jah (Penerbit buku-buku mandiri bermutu tinggi)



BERMINAT JADI PENULIS? SERTAI UJIBAKAT
Jika anda berminat dengan projek ini, tulis satu sinopsis cerita lawan-lawan 100-200 patah perkataan dan hantar ke tokrimau(at)gmail(dot)com. Letak tajuk emel UJIBAKAT CERITA LAWAN-LAWAN. Tunjuk kebolehan mengawal nahu, tanda baca, ejaan dan naratif. Tiada had berapa banya cerita nak hantar. Pastikan sinopsis anda mesti dedahkan penutup cerita. Jangan buat saya terteka-teka.

Saya hubungi jika saya suka. Tolong jangan belasah saya jika saya tak hubungi.

TIADA DEADLINE lagi, cukup 20 orang terpilih, baru kita rancang deadline. ...



JIKA TERPILIH:
Tugas Penulis
1. Bayar RM200 kepada penerbit. Penerbit akan gunakan duit ni untuk urusan penerbitan. Pulangan kepada penulis rujuk perkara 4.
2. Tulis cerita10 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing, format .doc)
3. Bertanggung jawab terhadap nahu dan ejaan tulisannya. Dapatkan seseorang untuk menyunting tulisan itu.
4. Hantar tulisan ke tokrimau(at)gmail(dot)com .
5. Penulis mendapat 30 naskah buku yang boleh dijual dengan harga RMXX/naskah. Kalau terjual semua, RMXXX. Kaya! (Harga buku kita congak kemudian)
6. Jika penulis mahu jual lagi, penulis boleh bincang dengan Soljah untuk dapatkan harga borong.



Tugas Penerbit
1. Mengenal pasti penulis berwibawa.
2. Mengumpulkan modal RM2000 untuk memula projek.
3. Mencari sumber kewangan lain menampung kos pengurusan.
4. Mengumpulkan tulisan 200 muka surat.
5. Membuat susun atur buku profesional.
6. Membuat rekabentuk kulit buku profesional.
7. Hantar buku untuk dicetak buku.
8. Mengirim 30 buku kepada penulis.
9. Penerbit TIDAK membuat proses suntingan/editorial secara terperinci. Penulis kena usahakan sendiri.

....

SENARAI PENULIS TERPILIH BERDASARKAN UJIBAKAT SETAKAT INI
  1. Op 
  2. Dean
  3. Naga
  4. Zan 
  5. Spyz  
  6. Tok 
  7. Fikri Kacak 
  8. Fandy Taher 
  9. Abrar 
  10. Mat Jan
  11. Vovin
  12. Anwar Adnan
  13.  Dayang Noor
  14.  Kumprinx
  15.  Rudy Bluehikari
  16.  Farida Nadia FY
  17.  Pipiyapong
  18.  

Tuesday, September 06, 2011

TEMUBUAL EKSKLUSIF DENGAN AIMI ANIS


Aimi Anis, 10 tahun, merupakan penulis termuda dalam dalam buku Gangguan. Berikut adalah temubual editor dengan adik Aimi Anis.

Q. Siapakah Aimi Anis?
A. Hanya seorang remaja yang biasa.

Q. Apa perasaan adik bila dilamar untuk menyertai projek buku Gangguan?
A. Gembira sangat...!!!

Q. Bagaimana adik mendapat ilham untuk menulis cerita dalam buku Gangguan?

A. Ilhamnya daripada mak dan kakak Atira yang selalu asramanya berlaku histeria.

Q. Apa perasaan adik apabila stok buku Gangguan sudah siap dicetak dan sampai ke tangan adik?

A. Mestilah gembira buku yang pertama ni...

Q. Apa komen orang persekitaran tentang penulisan adik dalam buku Gangguan?
A. Komennya dari kawan saya, kenapea ceritanya sedikit?

Q. Cerita sikit persediaan hari raya yang bakal menjelang.
A. Belajar rajin-rajin nak UPSR dan PSRA dapat yang terbaik!


P.S.
1. 10 tahun dah ambil UPSR? Ekspress budak ni.
2. Penat je buat soalan panjang. Jawab dia pendek je.