Tuesday, May 27, 2008

UJIBAKAT GANGGUAN TEKSUAL 2

GANGGUAN TEKSUAL adalah merupakan projek perbangunan literasi melalui blook (blog + book). Projek ini bertujuan memperluaskan sebaran penulisan dari web kepada golongan tanpa kemudahan web.

Ini merupa projek himpunan catatan terpilih dari pemilik weblog dalam medium cetak. Penulis-penulis bertindak sebagai penulis, penyunting, pencetak dan pengedar. Projek ini diusahakan secara kolektivisme.

DUA KAEDAH PENCARIAN PENULIS
:: Jemputan dari penerbit
:: Ujibakat

KEWAJIBAN PENULIS
:: Bayar RM100.
:: Hantar manuskrip 10 muka.

KEWAJIBAN PENERBIT
:: Bagi 10 naskah Buku kepada penulis.

JANGAN HANTAR MANUSKRIP DULU
Jika anda ingin jadi penulis untuk projek akan datang, sila copy+paste SATU entri + url dari blog anda ke ruang komen untuk dinilai. Jika sesuai dengan konsep kami, kami akan hubungi bila sampai masa.

19 comments:

Tok Rimau said...

Contoh penghantaran ujibakat:

PROTOKOL
"Apakah tujuan protokol?" tanya Sham.

Kalau aku jadi Menteri Perdana, aku haramkan jawatankuasa Protokol dalam setiap majlis. Pastinya banyak penjimatan boleh berlaku. Tidak perlu kerusi berkerawang. Tidak perlu lauk berhidang. Tidak perlu penyambut tetamu. Tidak perlu bunga atas meja. Tidak perlu bunga manggar. Tidak perlu bunga atas dada. Tidak perlu kompang. Tidak perlu parking VVIP. Banyak lagilah yang tidak perlu jika protokol dibuang. Radikal sangat ke? Sebab itu aku bukan Menteri Perdana.

"Protokol membesarkan orang besar," jawab aku. "Dan mengecilkan orang kecil."

http://tokrimau.blogspot.com/2008/05/protokol.html

famia said...

cantik.
mari mari join GT II.

- tukang support belakang tabir -

Lily Abdullah said...

Nak join lagi boleh tok?

Hari tu satu entri jer.

Tok Rimau said...

Boleh join. Sila masuk ujibakat.

Lily Abdullah said...

HARI PEKERJA : Dari perspektif seorang kuli kurang upaya tanpa KWSP.


Hari ini barulah aku merasa gaji untuk bulan March. Sebetulnya. Sentiasa terlewat enam hari atau lebih. Kadang kala pernah terlambat hingga terlajak ke bulan hadapan.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!”
Hati aku menjerit-jerit.

Seorang kuli tanpa KWSP selama tiga tahun kadang kala buat aku termakan hati dengan pihak pengurusan. Terasa sangat ada diskrimanasi. Sedangkan kakitangan lain, tiga bulan berkerja sudah diangkat menjadi staff tetap.

Hanya aku, Azman, Leman dan CK. Dan gaji kami di bawah aras ringgit Malaysia enam ratus. Satu perempat dari gaji para guru.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!” Hati aku menjerit-jerit.

Seolah-olah aku diambil berkerja atas dasar kebajikan. Bukan. Memang betul, aku diambil berkerja di atas dasar belas kasihan.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!” Hati aku menjerit-jerit lagi.

“We had responsibility to employ them. If we can’t make it, who else.” Teringat ayat boss paling besar sewaktu diinterview wartawan. Puan guru besar aku lihat tersenyum sinis. Dia juga barangkali menyampah. Apakan daya, dia juga kuli. Cuma pangkatnya besar sikit, setelah tiga puluh tahun menghamba diri untuk anak-anak seperti kami.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!”

Boss-boss besar aku semua bergelar Dato’. Bisness dan contact di sana sini. Semua orang bergelar. Sponsor senang datang.

Buka mulut, masuk duit.

Buka mulut, duit masuk.

Buka mulut, masuk duit.


Sebenarnya aku gembira kerana tidak perlu menganggur.

Cuma aku benci dan meluat. Kerana hati aku sentiasa menjerit-jerit.

“Kebajikan dikomersialkan!
Kebajikan dikomersialkan!”

SELAMAT HARI PEKERJA

http://waterlilysicksadcity.blogspot.com/2008/04/hari-pekerja-dari-perspektif-seorang.html


ps: Sekadar mencuba. Entri untuk ujibakat. Untung batu timbul(batu terapung).

Rajuna said...

Dosa Senja

"Kenapa kau tak hadir di hari perkahwinan ku?" Tanya Praveitriana. Hiasan bunga kenanga di setiap celah tocang gagal sama sekali menyembunyikan perasaannya yang menjeruk. Muncung di bibir munggilnya seakan panjang sedepa. Pandangan mata dilempar sejauh mungkin dari wajah Rajunapurnamaveitra.

Rajunapurnamaveitra terkedu. Hembusan bayu senja tidak lagi mengujakannya. Nada suara yang didengar hari ini berbeza dengan hari-hari biasa pertemuan mereka. Akal berpusing-pusing menyusun ayat bagi sang puteri yang tercegat dihadapannya."Apa kau benar-benar ingin aku hadir di hari pertunangan mu?"

"Bukankah sudah lama kita bersama? Engkau seolah tak menghargai kehadiran aku dalam hidupmu. Engkau kejam."

"Bukan aku tak mahu memunculkan diri, sayang. Tapi aku amat berharap akan dirimu agar memahami perasaan aku."

"Apa lagi yang mahu aku fahami? Bertahun kita menyulam kasih. Tak cukup lagikah selama ini aku menyelami hati dan perasaan mu? Aku fikir kau jua begitu. Namun, engkau yang gagal memahami isi hati aku," desah Pravietriana diiringi juraian air mata yang berguguran dari kelopak mata. Deras mengalir membasahi pipi licinnya itu.

Rajunapurnamaveitra diburu perasaan bersalah. Apatah lagi melihat sang puteri merebahkan kepala di dada jantannya. Hujan air mata sang puteri menambahkan lagi sebak di hati. Rajunapurnamavietra tahu bahawa dirinya harus kuat menerima kenyataan. Dia tidak harus bermuram durja melayan lara. Tapi tidak untuk kali. Dia tak mampu terus-terusan bersandiwara. Mana mungkin kembang yang dipuja selama ini dimilik orang? Mana mungkin kaki ini kebal berdiri di hari persandingannya?

Bibir berkumis Rajunapurnamavietra didekatkan ke cuping telinga Pravietriana, "Sayang. Percayalah, kasihku takkan pernah luntur. Biarpun kau disunting orang, aku berjanji kan setia bersama mu. Takkan pernah aku tinggalkan mu."

"Janji?" Senyuman terukir di bbir Pravietriana. Matanya tepat memandang mata Rajunapurnamavietra. Tidak berkelip. Lantas tangan didakap pada tubuh jejaka.

"Janji."


.......Dan dua insan kini terus hanyut dalam noda remang senja. Selamanya. Ini rahsia.

p/s; haha...gila try jeh nih!

Hisham Alias said...
This comment has been removed by the author.
Rajuna said...

kak lily;

batu ladong kot? haha

en_me said...
This comment has been removed by the author.
en_me said...

Me sudah lama hendak jalan-jalan ke pekan layang-layang itu.

Dari ambil pesanan rempeyek wak tunot di parit tengah bandar kluang, me terus ke pekan renggam. Mrahfa yg fewwwittt yg kini berada dibumi kanggaroo itu mesti tahu dimana pekan renggam itu. Kalau tidak, me jotos-jotos endasse (bahasa jerman lagi).

Dari renggam me tidak terus ke simpang renggam pula. Me melencong sikit ke pekan layang-layang. Peta lokasi dibawah nun.

Sebab pekan layang-layang terletak di jalan lama yg kini jarang orang lalui.

Sememangnya, tiada apa-apa yg menarik. Tetapi jalan yg lengang dan suasana yg damai gitu. Ladang kelapa sawit muda yg baru disemai dikiri kanan jalan tentunya.

Alahai.

http://memanglumayan.wordpress.com/2008/05/22/layang-layangku-putus-tali/

Azhar Ahmad said...

eh, penulis gt 1 kena uji bakat jugak?

Fikri Misti said...

KISAH SILAM DARI KACA MATA SEORANG PELAJAR #13

Dari pandangan mata rabun seorang pelajar. Datang dari hatinya yang berserabut. Yang belum tercemar dengan penipuan kota. Yang masih daif dengan kata-kata.

Kerja-kerja harian aku sebagai seorang pelajar membuat aku rasa bosan. Terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah orang di sekeliling yang perangainya buat aku rasa pusing kepala. Aku perlukan ruang untuk berehat. Mungkin tidur untuk beberapa jam. Atau makan pelbagai menu lalu duduk terjelupuk kekenyangan atas katil sambil dengar alunan irama lembut lagu Opick – Tombo Ati. Rehat. Kepala aku yang pusing ini perlu aku redakan dengan pelbagai cara sekalipun. Nasyid adalah pilihan aku kali ini. Biasanya aku lebih gemar layan lagu bahasa asing berirama R&B.

Aku suka lepak di pondok bas. Sedang aku duduk keseorangan di pondok bas sambil memerhatikan gelagat pelajar muda bersimpang siur dengan buku-buku penuh di tangan. Belum campur dengan yang digalas dalam beg. Ada diskusi kumpulan tugasan agaknya. Rajin mereka ini. Aku tabik spring. Ada juga pasangan yang berjalan bersama ke Mall. Membeli belah atau makan bersama, mungkin. Tak kurang juga yang baru turun dari bas HBR dan MARA Liner. Ke Changlun atau Jitra, mungkin. Sejak Jitra memiliki panggung wayang dan pusat bowling, bas ke Jitra sentiasa penuh. Minggu lepas pelajar tajaan JPA baru dapat duit biasiswa mereka. RM4,500. Orang kaya minggu ini. Beberapa orang kenalan berbiasiswa JPA telah membuat konfemasi perbelanjaan makan terhadap aku. Aku tunggu pelawaan kalian. Aku cuma kepingin makan “Chicken Chop”.

Oh ya! Aku teringat kisah penantian kemasukkan duit PTPTN aku di zaman diploma dulu. Bagai menanti emas turun dari langit. Seminggu selepas kemasukkan adalah waktu yang paling singkat dan 2 bulan selepas mendaftar adalah waktu yang paling perit sepanjang zaman itu. Dengan duduk rumah sewa, bawa kenderaan pulak tu, bertambah-tambah dengan nafsu makan yang membuas pada waktu itu. Perit hingga ke ulu hati. Terseksa. Apa masalah pun tak tahu la. Jenuh gak la bilamana perlu memanjat anak tangga yang boleh tahan tingginya untuk ke pejabat bendahari untuk mengetahui status PTPTN kami. Letih. Tapi di Sintok ni, Alhamdulillah la. Sehari selepas kemasukkan, duit PTPTN dah masuk.

Di zaman diploma dulu, terdapat pelbagai saluran untuk menghabiskan duit seperti menambaikbaikkan motosikal, beli rim sukan, main bowling setiap minggu, pergi Seremban untuk menonton wayang , membeli belah dan acara utamanya ialah makan besar samada makan makanan laut atau makan satay. Paling koman pun pergi makan KFC di pekan Port Dickson. Jadi orang kaya “sementara” memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bila meluangkan masa dengan rakan-rakan. Aku rindui masa lalu.

Zaman sekolah aku, aku tidak ditaja oleh mana-mana badan kerajaan atau institusi. Hanya ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa PA&MA. Tengok kawan-kawan lain selalu berpusu-pusu ke Bank Simpanan Nasional untuk mengeluarkan biasiswa masing-masing, buat aku rasa cemburu. Waktu itu ada pelbagai biasiswa ditawarkan dan yang paling popular ialah biasiswa taranum. Masing-masing tunjuk bakat seni suara taranum. Kiranya terpaksa belajar taranum untuk dapatkan biasiswa la. Guru taranum yang paling popular ialah Ustaz Ismail.

“Woi Balau!”. Dia memarahi pelajar tingkatan 3 PMR 1998 yang bising ketika keluar dari dewan peperiksaan. Ketika itu dia sedang mengajar taranum di tingkat 3 bangunan pentadbiran.

http://fikrikacak.blogspot.com/2008/01/kisah-silam-dari-kaca-mata-seorang_27.html

P/S : sekadar mencuba :p

Hisham Alias said...

katakan bahawa cinta itu datang dan pergi

Bila kematian saling menghambat kehidupan. Cinta takkan selamanya ikut mati. Cinta akan sentiasa subur untuk mereka yang mempercayai magisnya. Kematian itu bukannya pemutus. Bukan ketakutan yang amat. Ajal hanya kejam buat yang takut padanya. Namun cinta akan terus hidup.

Noktah.

Sebuah cerita. Tanpa sanad. Rakaman sebuah kehidupan walang.

…….

Ada seorang gadis. (boleh namakan siapa sahaja gadis itu). Punya impian indah, macam gadis-gadis lain. Dan setiap hari ia mencari kata-kata muluk untuk hiburkan hatinya. Di taman, dalam tren, di tengah hiruk-pikuk manusia urban, di mana sahaja yang mungkin boleh buatnya tersenyum. Namun sebenarnya dia sekadar mahu lari dari derita yang mengejarnya. Sakit yang kadangkala tidak memahami dirinya. Betul. Kanser ini yang memakan suku dari usianya. Ia memakan kewanitaannya dan senyumnya pada matahari dan bulan.

Namun tuhan maha adil. Saat menunggu ajalnya tiba. Dia ditemukan dengan seseorang lelaki. Bukan malaikat. Tapi seseorang yang memberikannya getar cinta, waima dia sedar hidupnya kini Cuma membilang hari. Benar. Cinta bukan sekadar bercerita tentang kemulukan, tapi cinta adalah cerita tentang kemanusiaan. Cinta memanusiakan manusia dari kepongahan.

Hari itu. Hari disuratkan ajal mautnya. Sungguh. Kanser ini ibarat gangrel yang memakan sedikit demi sedikit tubuhnya. Sakitnya yang amat sangat. dan waktu menempuh saat-saat akhir hidupnya, lelaki itu tetap setia di birai usianya. Menemaninya dengan senyuman yang bersulam dengan air mata. Retinanya merah. Nafasnya tersekat antara peparu dan treakeanya. Syukur tuhan aku tidak keseorangan waktu menemui-Mu.

Noktah.

……

Sepotong awan di atas. Suram di tembok langit. Matahari, bulan dan bintang – akhirnya aku pergi.


http://gapuradiri.blogspot.com/2008/05/bila-kematian-saling-menghambat.html

filantera said...

nak mencuba bleh tak

milo ais ayah...

Just now I minum milo 3 in 1 kat kantin. Sambil sembang2… tetiba tgk milo tu dah jadi dua kaler, yg pekat kat bawah, yang kaler krim tu kat atas, kacau 3 kali jer suma dah jadi sekata balik. One prof from UM told me, yang dia dan team dia yang wat kajian pasal sedimentation of milo tu, nestle yang minta, diorg kaji samada bleh buat bagi tak sediment dah, tp diorg tak dpt, and diorg instead wat kesimpulan, yang hanya perlu tiga kali kacau minuman 360 degree the whole drink akan jadi satu balik….but that’s not the point lah

The point is, looking at the milo, somehow I remember one thing. The moment where complete sedimentation occurred. Yang air kat bhgn atas tu jadi completely krim, and bawah tu pekat milo. And I would drink without shaking it……pikir2 bila ek jumpa keadaan camtu…..then I remember…it was 17 years ago……………………

Everytime bila balik dari sekolah, tok ayah or ‘ayah’ akan bancuhkan milo for us. Maybe dia bancuh awal pagi, tapi dia simpan dlm peti ais, smoga milo tu jd sejuk bila time nak minum. Usually I would rush to peti ais sbb nak minum dulu. Milo ayah buat is the best in the world!! Remember how banji try to reverse engineer it. Duk wat teori, bancuh susu dulu baru taruk milo! Letak milo pekat dulu, kacau dulu baru tambah air….mcm mcm….tp mesti tak sama….

Ayah is a big musle man. Seingat2 nyer dia mmg tinggi dan ….tinggi…. sampai ke hujung nyawa dia dia masih lagi ada sense of humour, very knowledgeable person. Experienced. And one ciri I ingat is dia very very sabar. Although nampak dia cam pemarah. Tp hakikatnya dia sabar. Penyakit dia dah takleh sembuh, and dia redha minum air apa apa jenis tanpa gula for more than 10 years. Ada org petua makan nasi dalam upih pinang, and minum from tempurung, pun dia buat. Although if now I find that person seriously I would taji his head laaa…..apa kena ngena laa makan dlm upih pinang tu bleh wat org sembuh kaaa??

And ayah also gud at making telur goreng mata kerbau!! Telur kuning tu separuh masak, and berair and takkan keras walaupun kita simpan nak makan last sekali after nasik dah habis. Terletak elok jerk at tengah2 tu. White egg tu plak crispy, and sedap! Waktu angkat jer panas2 tu, ayah akan tabor sikit garam kat atas yellow egg tu.

Now when I grow up this big, I mean really bigJ I realize that I never said thanks to him. Thanks to his telur goreng, thanks to his milo ais. Thanks to his warm. Thanks for keeping me under pale of pillow waktu pocket kejar and me menyuruk belakang dia….

But then I realize…..dah lama tak tahlil kat ayah…..

http://akuuntukmu.blogspot.com/2007/07/milo-ais-ayah_31.html

jagoan said...

Malam aku tak seperti malam-malam sebelum ini dapat tidur dengan lena dan berdengkur krooh... krooh...krrrooh dengan alunan irama tersendiri. Malam-malam sejak kebelakangan ini aku sukar mahu melelapkan mata. Kenapa ya? Sabar ajelah. Satu malam, aku tidur. Pukul dua pagi aku terjaga kerana aku merasakan ada seekor lipas datang merayap di kakiku lalu dia menggigit kakiku yang tak bercagu itu.

"Hoii. Sakitlah!" Aku bingkas bangun lalu menguis lipas itu jauh ke sudut dinding ruang tamu.
Aku sambung tidur semula kerana mata tak boleh nak celik.

Jam empat pagi, sekali lagi lipas datang menyilinap masuk dalam bajuku. Aku tak pasti lipas yang sama atau yang lain. Aku pula kurang periksa lipas itu lipas jantan atau betina. Sesungutnya aku terasa sangat tajam menyucuk-nyucuk tubuhku. Geli aku.

"Ishh. Pergi kau! Aku tak kacau kau tau! Tolonglah!" Lipas itu mencicit menyelinap masuk mencari tempat persembunyian. Aku bukannya takut pada lipas. Tapi aku geli.

Alahai! Beginilah malam-malamku diganggu sang lipas busuk kerana teman berseketiduran pulang ke kampung halaman untuk membersihkan laman rumah sementara menunggu kelahiran orang baru.

Pap! Terlupa aku. Ada makanan yang tidak di kemas sebelum aku tidur. Cuai betul aku.

Oh ya, aku pulang dulu ya kerana sudah berjanji dengan orang kampung untuk menjenguk mereka. Malu juga rasanya pulang dengan tangan kosong. Sudahnya, aku bawakan buah untuk mereka. Buah yang disalut skrotum.

P/s: Tikar buluh yang dipesan oleh maharaniku akan dijadikan hadiah untuk mereka di kampung.

http://attoch.blogspot.com/2007/03/bermalam-malam.html

saudagar gaRAM.. said...

gua ditugaskan untuk menjaga adik gua..sekali lagi.
beginilah rutin seorang abang yang mithali..

ya..kalian tak perlu teruja..
abang seperti gua ni memang tak dapat kita temui selalu..


tiada di tepian pantai..
(bak kata RAIHAN)



adik aku : bang,tolong nurul siapkan soalan matematik ni ya..

aku : (dalam nada terpaksa yang tak terlalu obvious)bleh.meh tengok soalan dia..mana?

adik aku : LAPAN tambah DUA berapa jawapan dia?

aku : cuba kira..pelan2 pelan kira.LAPAN dalam OTAK.DUA kira dari TANGAN ya...

adik aku : LAPAN..LAPAN..hmmm..tambah DUA..SEMBILAN..SEPULUH..SEPULUH BANG..dah dapat dah..

SEPULUH...



adik aku memang GENIUS..cam ABANG DIA jugak..

10 minit kemudian..




adik aku : (dengan nada marah)ABANG JAHAT..ABANG TIPU..SAJE NAK MALUKAN ORANG..




buku yang tadi dia peluk masa datang jumpa aku,sekarang dihumban ke kerusi..APA SALAH AKU?

MUSHKIL...


aku : kenapa ni Nurul?apa yg abg tipu?

adik aku : ABANG JAHAT..TIPU NURUL..INGAT NURUL BODOH KE?NAK TENGOK NURUL KENA GELAK DGN KAWAN2 NURUL KAT KELAS NANTI KE?JAHAT..JAHAT..

aku : apa salah abang dah buat ni?

adik aku : ABANG TIPUUUUU....tadi kata LAPAN tambah DUA sama dgn SEPULUH..ABANG TIPUUUU!!!!!

aku : abang tak tipu..tu btol.

adik aku : SALAHLAH..ENAM CAMPUR EMPAT BARU SEPULUH..NURUL TGK KAT TV TADI..ENAM CAMPUR EMPAT BARU SEPULUH..YANG LAIN,BUKAN..

aku : memang ENAM CAMPUR EMPAT SEPULUH..jadi?

adik aku : TENGOKKKKK...abang tipu lagik.yang mana yang betul ni sebenarnya?

ENAM CAMPUR DUA SAMA DENGAN SEPULUH KE?
ATAU LAPAN CAMPUR DUA SAMA DENGAN SEPULUH?????







nota kaki : gua masih lagi anggap adik gua tu GENIUS..macam ABANGNYA..




http://bloguntukaku.blogspot.com/2008/03/2-x-5-sepuluh5-x-2-sepuluh.html

Anonymous said...

harap lebih hebat dari sebelumnya.
aku mesti beli punyalah.hehe.

Anonymous said...

Lenguh.Itu sahaja yang mampuku ucapkan.Sebulan dua ini jarang sungguh dapat berehat di ruang tamu.Mesin taip di penjuru sudah berdebu agaknya.Hanya diam memendam rindu yang tiada siap tahu.Najmi sudah lama tidur di pangkuan ibunya.Hanya diriku sahaja malam ini.Sejak kebelakangan masa begitu pantas sekali.kesibukan menyepitkan lagi ruang untukku di rumah.kalau diikutkan hati mahu sahaja membatalkan beberapa program yang dirancang akan tetapi tidak kesampaian.Janji perlu ditunaikan.

mungkin sudah lama tidakku luahkan apa-apa yang terbuku di dalam jiwa ini.semuanya hanya diam membisu di penjuru hati yang gelap.Andai kata tidak dikeluarkan mungkin lebih parah lagi beban yang ditanggung.seringkali sunyi ini mudah sekali membuatkanku teringat sesuatu.Ketika di selatan semenanjung,satu soalan ini menerpa ke dalam fikiranku.satu soalan yang mudah disoal tapi begitu sukar sekali untuk menjawabnya.tiada jawapan yang salah.terpulang kepada kita.soalan itu ialah andai kata diriku tidak dilahirkan ke dunia ini apa yang berlaku kepada masa ini.

tanpaku sedari linangan air mata menitis jatuh.mungkin persoalan itu jarang kita fikirkan.kita seringkali fikir apa-apa yang kita lakukan tiada kaitan dengan orang lain.kita selalu merasakan kewujudan kita ini hanya sementara seperti pengembara.si pengembara akan berhenti bila bekalannya habis.samalah juga hidup kita.apabila ada masalah barulah hendak mencari teman.ketika senang,susah sekali ingin ketemui.ketika di langit ingatlah di bumi.di langit tidak akan selamanya di atas pasti jatuh jua samalah di bumi.andai ada impian di atas jua.

dalam melakukan sesuatu perkara kita selalu inginkan kesempurnaan.akan tetapi bukankah sifat sempurna itu hanya untuk Yang Maha Esa.tidak salah untuk menjadi tidak sempurna.setiap kekurangan itu adalah kelebihan.dalam keadaan yang kita rasakan egitu lemah sekali itulah kekuatan kita.setiap orang berbeza cabaran.tidak salah untuk membandingkan dengan orang lain biarlah kena dengan tempatnya.biar sederhana asal gembira.

http://cuakteam.blogmas.com/2008/08/02/monologku-persoalan/

Amar Maxwell said...
This comment has been removed by the author.