Tuesday, February 19, 2008

Modus Operandi

Assalamulaikum Blogger Terpilih,
Saya tahu pernah terdetik di hati kalian, suatu hari nanti memiliki buku sendiri. Saya ingin memudahkan hidup kalian dengan membantu merealisasikan mimpi itu. Saya persembahkan:

GANGGUAN TEKSUAL: Sebuah projek buku antologi entri blog kelolaan Sindiket Sol-jah.

Saya tidak mahu berbunyi macam kapitalis kepada seorang karyawan seperti anda tetapi hanya dengan wang projek ini boleh bergerak.

Bagi kami RM 100 dan tulisan kamu, dan kami akan bagi RM200 (dalam bentuk buku) + keabadian nama dalam cetakan. Jaminan pelaburan yang mantap. Untung 100%.
Jangan fikir dua kali, membazir neuron sahaja. Sertai projek Gangguan Teksual.

FAQ:
TIDAKKAH SKIM PELABURAN INI AGAK MUSTAHIL?
Tiada yang mustahil. Bagi kami tulisan anda. Kami tahu bermutu tinggi + Bayaran wang pendaftaran ahli projek RM100. Kami akan bukukan tulisan anda dalam sebuah buku berbentuk antologi entri penulis-penulis blog. Atau blook.

APA YANG SAYA DAPAT?
a) 10 naskah buku yang setiap satu dengan harga pasaran RM20. Jual semua, dan anda dapat modal semula RM100, dan untung RM100. 100% keuntungan.
b) Entri anda akan diabadikan dalam bentuk cetak, manusia tanpa Internet pun boleh baca.
c) Ini akan menjadi batu loncatan kepada impian anda untuk jadi penulis buku yang lebih hebat suatu hari nanti.
d) Anda boleh tulis dalam resume: Participating in a book project as a writer. (Majikan mana yang tidak teruja membaca.)


SIAPA YANG BOLEH SERTA?
Bloggers yang Soljah jemput sahaja. Dan anda dijemput.

ADA SEBARANG PANTANG LARANG?
Tulisan tidak melanggar undang-undang Malaysia, seperti Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

BOLEH SAYA HANTAR TULISAN YANG DITULIS OLEH KUCING SAYA?
Kami terima manuskrip tulen sahaja, iaitu mana-mana entri atau entri-entri daripada blog kamu sendiri.

BOLEH SAYA TULIS DALAM BAHASA BINARY ATAU CODE SKRIP JAVA?
Bahasa Melayu sahaja. Bahasa rojak diterima dengan syarat, perkataan slanga di-bold-kan, perkataan bahasa asing di-italic-kan. Akan tetapi, penggunaan perkataan slanga mestilah digunakan seminima mungkin. Sebagai penulis, kita ada tanggungjawab sosial.

ADAKAH TULISAN SAYA AKAN DISUNTING?
Mula-mula kamu pilihlah entri-entri kamu yang baik. Kemudian kamu sunting sendiri tulisan itu. Hantar kepada kami. Kemudian kami sunting sekali lagi. Ini dinamakan proses penapisan dua kali bagi menjaga mutu tulisan. Pihak penerbit berhak menyunting manuskrip penulis sekiranya perlu sahaja.

APA FORMAT PENGHANTARAN?
a) Mula dengan Nama blog + url
b) Format setiap entri ialah a. Tajuk b. tarikh entri ditulis c. entri
c) Biodata kamu. Tidak lebih 100 perkataan.
d) Hantar dalam format *.doc (NAMAKAMU.DOC)
e) Double spacing, font 12 Trbuchet, Saiz doc A4 dan tidak lebih 10 muka surat.

KE MANAKAH HENDAK SAYA MAIL PENYERTAAN?
Emailkan penyertaan kamu ke tokrimau@gmail.com dengan Subject : Penyertaan GANGGUAN TEKSUAL
Sertakan maklumat berikut dalam borang penyertaan (segala maklumat adalah dianggap sulit, kami cuma guna utk tujuan pos dan penghantaran buku);
§ Nama pena / samaran :
§ Nama sebenar seperti di Kad Pengenalan :
§ Alamat Surat Menyurat :
§ No. Telefon / Handphone:
§ Akuan : Saya bersetuju dengan Garis panduan / Syarat yang telah ditetapkan.

BILA BOLEH BAYAR?
Sekarang.

BAGAIMANA NAK BUAT BAYARAN PENYERTAAN RM100.00?
Masukkan bayaran ke akaun berikut ;
Nama : FAIZUL B. MD ASPAN ( pyzul(at)yahoo(dot)com ) atau (spyzul(at)gmail(dot)com)
Maybank 1143 4806 1626

BILA SAYA BOLEH DAPAT BUKU SAYA?
Apabila anda telah proses pembayaran selesai dan buku itu siap dicetak.

BERAPA TEBAL BUKU INI?
buku setebal 200 mukasurat ++ itu siap dicetak. Harga buku yang akan dicetak pada sebelah belakang kulit buku adalah RM20 senaskhah.

JADUAL TENTATIF PROJEK
20-27 Feb : Nyatakan persetujuaan. Agar saya boleh rizabkan keahlian untuk anda.
27 Feb - 1 April 2008: Bayaran Yuran + Pengumpulan Bahan
1 April : Final deadline
1-15 April 2008: Penerbitan

INI PROJEK PERTAMA SEUMPAMANYA?
Tidak. Sila google JIWA KACAU atau MASUK BARISAN atau GOBLOG atau BLOOK.

RINGKASAN
PROJEK: GANGGUAN TEKSUAL (BLOOK )
PENERBIT: Sindiket Sol-Jah
PENGURUS PROJEK: Tok Rimau
EDITOR BERSEKUTU: Sol-Jahs
SAIZ BUKU: 4.5 inci x 7.25 inci
HALAMAN: 200 mukasurat
PESERTA: 20 orang bloggers yang dikenalpasti
MODUS OPERANDI
- 1 orang tulis untuk 10 mukasurat , 20 orang = 200 mukasurat.

SIAPA YANG BERTANGGUNG JAWAB TENTANG PROJEK INI?
Siapa lagi, www.tokrimau.blogspot.com dari kumpulan www.sol-jah.blogspot.com . Hubungi tokrimau@gmail.com jika ada pertanyaan lain.

No comments: