Tuesday, May 27, 2008

UJIBAKAT GANGGUAN TEKSUAL 2

GANGGUAN TEKSUAL adalah merupakan projek perbangunan literasi melalui blook (blog + book). Projek ini bertujuan memperluaskan sebaran penulisan dari web kepada golongan tanpa kemudahan web.

Ini merupa projek himpunan catatan terpilih dari pemilik weblog dalam medium cetak. Penulis-penulis bertindak sebagai penulis, penyunting, pencetak dan pengedar. Projek ini diusahakan secara kolektivisme.

DUA KAEDAH PENCARIAN PENULIS
:: Jemputan dari penerbit
:: Ujibakat

KEWAJIBAN PENULIS
:: Bayar RM100.
:: Hantar manuskrip 10 muka.

KEWAJIBAN PENERBIT
:: Bagi 10 naskah Buku kepada penulis.

JANGAN HANTAR MANUSKRIP DULU
Jika anda ingin jadi penulis untuk projek akan datang, sila copy+paste SATU entri + url dari blog anda ke ruang komen untuk dinilai. Jika sesuai dengan konsep kami, kami akan hubungi bila sampai masa.

Friday, May 23, 2008

REBIU GANGGUAN TEKSUAL

Azzamsupardi – permulaan yg menarik. Pandai menarik minat pembaca membacanya. Lawak yg bersahaja.

Honeybiru – mesej yg disampaikan mungkin hanya dirinya dn org yg memahami dirinya akn faham terhadap ape yg diluahkan. And I don’t know what ‘stilnox’ is.

Ayobkelubi – ada sedikit unsur lucu dlm citenyer.

Deansham – berjiwa muda dn sentiasa berusaha untuk cuba mengerti dunia org lain.

Waterlily – dila sngt bersimpati akan dirinya. Tetapi dila amat mengerti hati nuraninya. Walaupun belum pernah bersua, tetapi dila dapat merasakan yg dila amat rapat dengannya kerana dila pun ada ‘org istimewa’…


Kumprinx – jiwa anak kota.

Jimadieshah – Argh!!!!! sebuah tulisan yg agak berat. Meminta pembaca memahami mesej yg hendak disampaikan.

Jowopinter – cerita yg menarik. Mesej yg menusuk ke hati. Kdg2 terimbau kenangan bersama arwah atok dulu, dn cerita2 dari mak ttg nyer.huhu….

Cikdaun – ttg perempuan. Erm…’mamat online botak’ tue tok ke? Hehe….

Bluehikari – seorg suami yg menghargai isterinya. So lovely…=) byk pengajaran dr cerite2 nya.

Psittacula – suke ttg kisah ayam. Penah terdetik di hati ketika terjaga seawal 2 pagi apabila terdengar kokokan ayam di kampung. Lantas bangun dn sujud pd Pencipta yg telah menggerakkan hamba yg sedang lena. Erm..’anabas testudia’ tue menatang ape ek? nie kurang study nih.....

Azharahmad – sepertinya meminati cik siti. Haha.…

Famia – pasti sempoi orgnya…suke lawak ‘tose masala’..hahahaha…..

Madulebah – takdela manis sngt…

Aidazura – ah…wartawan pastinya byk cerita..mgkn penah mengalami peristiwa si dia berlaku curang?...maybe….


Tokrimau – sape mobius tu tok? Tok suke dangdut ek? Ahaks….kurang mesra la cakarannya tok..hik....hik....

Atiqahnasir – cerita dari seorg guru dn anak yg taat.

Delimasakti – berkisar ttg cerita masyarakat. delima mmg ada sakti kerana di situ ada penawar...ttp harus habis bila disantap...

Sinaganaga – hah!!! Tak faham….


Keseluruhannya: awaln yg menarik, petengahan yg pelbagai tp penghujung yg agak mengecewakan. Justeru hati terdetik, bukan semua kisah berakhir dgn happy ending, tetapi bukankah Tuhan telah menetapkan bahawa penghujung mestilah happy ending bg hamba yg taat????…

Bagiku, Blogger juga boleh diumpamakan seperti anai-anai, “tak nampak tp makan dalam”

Catatan: Dila Senduduk.