Monday, June 23, 2008

SAYEMBARA 'ROMLAH: The Untold Stories'


Khusus untuk pembaca-pembaca K-EI8HT.

Kamu sudah baca kisah Uncle Nyamuk yang nyanyuk, James pembunuh kucing, budak-budak bujang yang huru-hara, Is si psikik, Judge yang selalu gaduh dengan bini, Bobby si anjing gelandangan, Usman budak yang suka main basikal, Masidol si wartawan, dan Utnah si hantu halimunan.

Kini, kami memberi peluang kepada kamu untuk mengembangkan kisah si Romlah!

CARA & SYARAT PENTERTAAN:

1) Terbuka kepada semua warga nusantara berusia 12 tahun ke atas.

2) Tulis satu cerita tidak lebih daripada 10 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing) tentang Romlah. Cerita boleh berlaku sebelum Kate terbunuh, atau selepas Kate terbunuh, atau sebelum dan selepas Kate terbunuh. Atau apa sahaja interpretasi anda terhadap Romlah.

3) Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.

4) Kamu boleh masukkan babak-babak yang ada dalam K-EI8HT. Contoh: babak Romlah nampak Uncle Nyamuk tak pakai seluar, atau babak Romlah bertembung dengan James, atau babak budak-budak bujang menyakat Romlah, dan tentunya, babak Kate menjunam atas bumbung kereta Romlah.

5) Kamu juga boleh tembungkan Romlah dengan watak-watak K-EI8HT yang lain termasuk watak-watak sampingan (contoh: budak-budak tabligh, atau Ruby si kucing betina, atau lelaki tua yang disyaki suggar daddy Romlah itu).

6) Cerita yang paling terbaik sekali akan memenangi wang tunai RM100 (ya, seratus ringgit!), dan diterbitkan bersama-sama penyertaan lain yang terpilih dalam antologi Sindiket Sol-jah yang akan datang.

7) Setiap peserta yang ceritanya terbit akan menerima 3 (tiga) naskhah buku berkenaan secara percuma (ya, percuma!). Hakcipta kekal dengan penulis. Kami cuma mahu hak menerbitkan sahaja. Kami tidak memberi royalti kerana (kami berjanji) tidak akan mengambil keuntungan dengan menerbit ulang buku tersebut.

8) Pihak penganjur berhak menyunting karya yang terpilih untuk diterbitkan. (Pssst! Selalunya kami malas nak edit. Ha ha).

9) Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan, termasuk blog dan laman web. Peserta tidak dibenarkan menyiarkan karyanya di mana-mana (termasuk blog) sehingga buku antologi itu diterbitkan dan habis dijual.

10) Jumlah cetakan buku adalah terhad dan tidak diulang cetak. Wang hasil jualan digunakan sebagai dana membeli sistem P.A. kaw-kaw untuk MASKARA (dan menampung perbelanjaan penganjuran MASKARA).

11) Keputusan panel hakim adalah muktamad.

12) Hantar cerita Romlah: The Untold Stories kamu ke email: sindiketsoljah@gmail.com

Tarikh tutup penyertaan: 31 OGOS 2008