Tuesday, July 31, 2012

SENARAI PENULIS





Senarai 100% masuk buku. Cukup 12 orang. Sekarang sedang proses edit.
  1. AZIDA ISHAK - Paid. Tajuk: Mainan Teknologi. Teks Penuh
  2. FIROL (ANWAR ADNAN) - Paid. Encik Amat Manusia Hibrid. Encik Amat Manusia Hibrid. Teks Penuh
  3. SABARIAHNOOR  - Paid. Kereta Mesin Masa . Teks Penuh
  4. FADLI Al-AKITI -Paid. Tajuk: Unyi Momo. Teks Penuh 
  5. KHAIRUL ZAMAN - Paid. Gadis Berbasikal Mini. Teks Penuh
  6. MUHAMMAD YUSOF - Robot DCC . Teks Penuh
  7. ADAM RUSLAN - Paid. Planet Bola. Teks Penuh 
  8. SHARIMAN ISMADI ISMAIL - Paid. Tajuk: Arman dan Kimera. Teks Penuh 
  9. ARI BASARI - Paid. Miss Universe. Teks Penuh 
  10. EZZMER DARUH - Paid. Tajuk: Hud . Teks Penuh 
  11. MOHAMAD KHAIRUL MOHAMAD @ ALWI- Paid. Tajuk: Selamat Tinggal Bahasa Melayu  
  12. ABRAR CHE TEH - Paid. Hajat.  



Friday, June 01, 2012

PROJEK BUKU SAINS FIKSYEN



Tajuk (cadangan awal) PISTOL LASER / SENJATA RINGAN / MESIN MASA PAK LONG / ROBOT PERTAMA YANG MENANGIS

Tema
Naratif fiksyen sains dengan penutup cerita di luar jangkaan pembaca.

contoh konsep cerita:
  • Pemuda Merentas Masa Menyelamatkan Balai Polis Bukit Kepong
  • Firdaus Berkahwin Dengan Makhluk Zuhal
  • Robot Singapura Vs Zombies Ulu Tiram
  • Virus Dalam Telefon Bimbit Pandai Main Twitter
  • Zanji Sebuah Mangkuk Terbang
 (hanya menyebut beberapa)


Sasaran Bilangan penulis terlibat
20


Penerbit 
Sindiket Sol-jah (Penerbit buku-buku mandiri bermutu tinggi)



BERMINAT JADI PENULIS? HANTAR CADANGAN CERITA
Jika anda berminat dengan projek ini, tulis satu cadangan cerpen fiksyen sains dan hantar ke tokrimau(at)gmail(dot)com. 

FORMAT CADANGAN CERPEN. (Jawab 5 soalan ini)
  1. Beri latar belakang watak utama.
  2. Dengan apa atau siapa watak utama berkonflik?
  3. Bagaimanakah watak utama menyelesaikan konfliknya?
  4. Apakah pintalan cerita (plot twist) di hujung cerita? 
  5. Apakah tema cerpen anda?


Letak tajuk emel CADANGAN CERITA FIKSYEN SAINS. Tunjuk kebolehan mengawal nahu, tanda baca, ejaan dan naratif. Tiada had berapa banya cerita nak hantar.

Saya hubungi jika saya suka. Tolong jangan belasah saya jika saya tak hubungi.

TIADA DEADLINE lagi, cukup 20 orang terpilih, baru kita rancang deadline. ...



JIKA TERPILIH:
Tugas Penulis
1. Bayar RM200 kepada penerbit. Penerbit akan gunakan duit ni untuk urusan penerbitan. Pulangan kepada penulis rujuk perkara 4.
2. Tulis cerita 8 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing, format .doc)
3. Bertanggung jawab terhadap nahu dan ejaan tulisannya. Dapatkan seseorang untuk menyunting tulisan itu.
4. Hantar tulisan ke tokrimau(at)gmail(dot)com .
5. Penulis mendapat 30 naskah buku yang boleh dijual dengan harga RM20/naskah. Kalau terjual semua, RM600. Kaya!
6. Jika penulis mahu jual lagi, penulis boleh bincang dengan Sol-jah untuk dapatkan harga borong.



Tugas Penerbit
1. Mengenal pasti penulis berwibawa.
2. Mengumpulkan modal lebih kurang RM2000 untuk memula projek.
3. Mencari sumber kewangan lain menampung kos pengurusan.
4. Mengumpulkan tulisan lebih kurang 200 muka surat.
5. Membuat susun atur buku profesional.
6. Membuat rekabentuk kulit buku profesional.
7. Hantar buku untuk dicetak buku.
8. Penerbit TIDAK membuat proses suntingan/editorial secara terperinci. Penulis kena usahakan sendiri.

Monday, May 14, 2012

COLLABORATIVE INDIE FICTION PUBLISHING

ABSTRACT

Collaborative Indie Fiction Publishing
Ghazali Bunari, Faizal Yamimi Mustapha, Rohayah Kahar

For new writers, getting their stories published is time-consuming and can often be a frustrating experience. Guided collaborative indie publishing gives emerging writers an alternate platform to get published. In 2004, an indie publishing group named Sindiket Sol-jah invited the public to participate in an indie publishing project.  The purpose of this project was to provide a platform for new writers to experience the process of publishing their own works. The group has successfully published four short story anthologies since. This paper presents a case study that describes the collaborative publishing model used by the group in for their project. The group has extensively used the social media as a medium to manage the process of publishing. It guided writers through the process of publishing up to the sales of books. As a result, the writers involved experienced the whole publishing process from drafting their ideas to selling the books to readers. The implementation of collaborative indie fiction publishing has not just encouraged the culture of writing but also inculcate in the writers the awareness of market for their works.

Tuesday, April 24, 2012