Wednesday, November 24, 2004

Jemputan Menulis Untuk GT3

PRATAYANG GT3

Gangguan Teksual 3

1. Blue HIKARI: Sudah jadi kebiasaan, status bongsu Mak Usu buat dia liat disuruh itu dan ini. - http://www.bluehikari.com

2. Adi BERUANG: Ni ada saman sudah sampai rumah Gua... Date ngan masa saman ni kena time Lu pakai motor gua - http://akupunyapasal.rocks.it

3. Basrie DUGONG: Esok, Jumaat aku nak balik kampunglah cari bomoh - http://basrie.tk

4. Naga ORIGAMI: ...tidaklah boleh terlihat dek aku tentang sebahagian daripada pangkal **** **** dari celah-celah bukaan kolar baju seragam mereka. - http://sinaganaga.blogspot.com/ (**** **** tidak ditapis dalam GT3 nanti)

5. Lady EMI: Saya tengah kelentong sepupu-sepupu saya dengan citer antu. - http://realiti.blogdrive.com

6. Mop LANTAI: BATUK bukan BATOK. Betul tak? http://moplantai.com

7. Walid W4LYD: Perbualan yang pada aku lebih kepada 'ayat-ayat memancing. - http://walids.blogspot.com/

8. Op KETEK2: Sebab dia bukan orang sini, sungai itu tidak kenal dia. - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com

9. Ir WANDY: Ada banyak hantu bungkus, hantu pocong dan hantu langsuir merayau-rayau kat situ. - http://www.irwandy.com

10. Amyz 93: Sedang asyik bercakap dengan tunang tersayang, dia terasa satu yang tak best. - http://amyz93.cjb.net

11. Ayares 151: Aduhai... inikah makhluk yang terlalu emosional? - http://ayares151.blogspot.com

12. Ahsuez ANI: Rupa-rupanya ada sekumpulan budak with the leader aged 7-8 carrying a chainsaw! - http://ahsuez.blogdrive.com

13. Tok RIMAU: TV dan pemain video aku dipulangkan oleh ibu kepada perompak yang tinggal ditingkat 10 tetapi barang kemas isteri dan anak aku telah langsai digadai. - http://www.danchan.com/weblog/harimauj



PEMBELIAN/TEMPAHAN
Harga masih mahal seperti hari-hari biasa. RM5 untuk senaskah (50 mukasurat). Sementara stok masih ada. Estimated Circulation: 100 naskah sahaja. Jika stok habis, Tok kirim edisi yang berikutnya.

Sila hantar wang pos ke nama dan alamat agen tok seperti yang tertera di bawah. Jangan lupa bagi alamat ruamah anda. Tok TIADA akaun maybank2u atau mana-mana e-bank. Tok menyokong perjuangan posmen tempatan :)


..........
Adalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian dijemput menulis untuk zine Gangguan Teksual.

PERATURAN:
Kalau tidak rajin baca peraturan, sila lihat GAMBAR.

FORMAT:
Font Verdana saiz 8 untuk kandungan. Font untuk tajuk dan blurb adalah bebas. Layout dan imej bebas. Kertas A4 page setup landscape. Pada header letak url weblog + pada footer letak e-mel penulis dan tiada nombor mukasurat. Kosongkan ruang 2 inci di tengah kertas untuk stapling jilid. Utamakan bahasa baku dan boldkan bahasa slanga. Kandungan mestilah tidak langgar syarak dan undang-undang Malaysia. Setiap penulis 1 helai ( 4 mukasurat / depan belakang). Kirim 100 helai kepada saya.

Penulis boleh muatkan seberapa banyak artikel bergantung kepada panjang had saiz kertas A4. Penyusun berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak ikut peraturan.

Elakkan persembahan artikel yang biasa dibaca dalam surat khabar kerana GT adalah media diy alternatif. Ia perlu berbeza dan lain dari yang lain.

Hantar 100 helai guna Pos ekspres. Sertakan sampul Pos Ekspress beralamat sendiri untuk 5 naskah percuma milik penulis. Jika ada kemushkilan, sila tanya penulis2 sebelum ini. Lihat senarai dlm arkib.

PANDUAN TEMPLATE
Download Template dengan menekan butang kanan mouse. Save target as.


Panduan POS EKSPRESS:
Duit Stem Untuk Rujukan Penulis, Pengedar dan Pembeli
Size: 340 mm X 250 mm Price: RM7.00 Max weight allowed: 1kg
Size: 250 mm X 219 mm Price: RM6.00 Max weight allowed: 750gm
Size: 353mm X 250mm Price: RM4.00 Max weight allowed: 500gm (saiz paling sesuai untuk 100 helai kertas A4 ATAU 5 naskah GT)
Size: 229mm X 162mm Price: RM3.00 Max weight allowed: 200gm
Laman POS

APA PENULIS-PENULIS DAPAT DARI PROJEK INI
1. 5 naskah percuma
2. Promosi url weblog secara cetak
3. Hak untuk mencetak semula GT
4. Hak untuk mengedar dan menjual GT
5. Kepuasan dapat menurunkan tandatangan.

TANGGUNGJAWAB PENULIS
1. Menulis mengikut format dan syarat.
2. Memastikan ada ruang kelegaan untuk stapling.
3. Mengirim 100 set via Pos Ekspress (RM4)
4. Menyertakan sampul Pos Ekspress (RM4) beralamat sendiri untuk pemulangan 5 naskah percuma milik penulis.

TARIKH TUTUP: Tiada tarikh tutup. Cukup 13 penyertaan. Tok tutup penyertaan. Siapa cepat dia dapoat :) Yang lambat Tok pindahkan ke GT4 (Kalau rajin la).

ALAMAT SURAT MENYURAT (Jangan hantar polong pulak)
ghazali bunari
FPPSM,
81310 UTM Skudai
Johor

Monday, November 22, 2004

GT2 SOLD OUT!

GT2 yang ada pada Tok dah sold out. Nak beli sila tanya penulis/agen lain seperti yang tersenarai di bawah.

Wednesday, November 10, 2004

BELILAH GT 2

Signing GTs

Basrie menandatangan GT2 untuk peminat-peminatnya. :)

Sesiapa yang ingin memiliki Gangguan Teksual 2, boleh menghubungi penulis/agen yang tersenarai di bawah. Tok tidak ada akaun Maybank! Jika mahu membelinya dari Tok, sila kirim wang pos RM5 kepada agen Tok:

Ghazali Bunari, 53 J. Damai 9. Tmn. Damai. 81400 Senai. Johor. Malaysia.

Tok tidak mengambil wang dari pembaca luar negera. Barter trade. Tukar dengan apa-apa majalah Design/Fine Art dari negara tempat bermukim.