Saturday, July 31, 2004

GT: Adi Beruang sampai

31/7/2004: Adi BERUANG adalah haiwan maging kedua
selepas Tok RIMAU. Aku suka baca blog dia ni. Rock
gila. Poslaju dia selamat sampai dengan kos RM5.78.
Layout dia simple tapi menarik. Aku rasa Adi buat tak
pakai MSWord. Mungkin dia pakai Adobe Pagemaker atau
illutrator. Ada kartun lagi. Dia lupa letak
sampulsurat berstem beralamat sendiri. macam mana aku
nak kirim balik GT pada dia? By hand la kot.

Sedutan:
"Anak Berahim lah... tak kenal ke? Yang dulu basuh
pinggan kat surau masa lepas moreh." - Adi pg16.

4 GT lagi tinggal. Sesiapa ada nampak orang-orang
berikut, sila lapor pada polis:)
1. Sultan Muzaffar
2. Rudy
3. Jigo
4. Didiz




__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail – Now with 25x more storage than before!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Thursday, July 29, 2004

GT: Max, Mat jan dan ros

29/7/ 2004
Ros: Bungkusan Ros Cayang sampai dengan stem Rm3.50.
Ada stem gambar barang2 muzium. Aku fikir aku nak mula
hobi kumpul stem yang aku tinggalkan masa umur 15
tahun dulu. (Lepas akil baligh, aku mula kumpul awek
pulak :)) Rosmah punya font, mak datuk kecilnya.
Agaknya size 3. Kalian kena pakai kanta untuk baca.
Sampul dah hampir terbarai. Mungkin pihak POS cek
kalau-kalau Ros melanggar undang2 menghantar tunai
melalui POS. (He he he... saya gurau je Posman. Jangan
marah)

Mat Jan dan Max. Mat Jan bertindak sebagai proxy Max.
Dokumen mereka sampai dalam bungkusan yang sama dalam
kotak Pos Ekspress RM7.00 yang boleh memuatkan hingga
1kg. Lain kali, aku nak letak syarat semua pakai Pos
Ekspress kotak 1kg ini. Mereka dah berpakat ubah
struktur mukasurat. Mat jan ambil sebelah 43-46 dan
Max ambil sebelah 9-12.

Mie: Mie hantar semula dokumen dia yang tersalah
cetak. Ini bermakna kita tiada ruangan otograph atau
tempat lekat sample minyak wangi atau plastik muntah.
Dokumen selamat diterima.

Senarai penulis yang masih belum jumpa pejabat POS :).
(Zaman email dan web ini, pejabat POS semakin jumud.)
1. Sultan Muzaffar (sibuk dgn relity talent show yang
tumbuh macam cendawan. Aku nak hantar SMS: Afundi SM)
2. Beruang (Blog pun tak update. Aku harap dia tak
pindah China)
3. Rudy (Sedang cari kertas warna untuk kelainan)
4. Jigo (Kerja banyak. Tunggu supply kertas pejabat
sampai untuk dicuri)
5. Didiz (memang sengaja tangguh sebab dia buat muka
depan. Design perlu dapat ilham dari isi kandungan
yang penuh)


Sedutan:
"Aku terlibat dalam kes pukul orang dalam bilik air
bengkel jahit, tempat aku bertugas" - Rosmah Cayang ms
20

"Jadi, impian untuk menghasilkan 'Cinta dalam botol'
ini terpaksa ditukar haluan." - Max ms 11.

"Hukuman dalam adat pepatih bersifat "restitution" dan
"compensation" manakala hukuman dalam adat temenggong
pula bersifat "punishment" dan "retaliation." - Mat
jan , ms 45



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Wednesday, July 28, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, July 27, 2004

Re: Preview - Mie, Nett dan Spyz tiba.

Memang tengah fikir GT2 tapi selesaikan GT1 dulu.

.........
assalamu`alaikum..

:) bila tengok tok buat ringkasan/sinopsis dari entry
yg dihantar, makin tak sabar nak terima GT. makin best
dan makin bermakna dirasakan hidup ini.. cewah!!

tok, due date tok tak berkesan laa... kena letak
positive reinforcement l nampaknya untuk next project.

p/s.. yg pertama hantar tu takder dapat t-shirt pree
ker? ;)



-iza





__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Preview - Mie, Nett dan Spyz tiba.

27/7/2004: Hari ini Dokumen Spyz dan Mie sampai.

Spyz guna sampul poslaju bernilai RM4.00. Dikepilkan
juga sampul pos laju dgn nilai yg sama utk Tok
pulangkan GT yang dah siap dikokot. Terdapay juga nota
yg memberi ALASAN kenapa dia lewat. Spyz ikut format.
CONTOHILAH Spyz wahai kawan-kawan yang masih hantar.

Mie. Sampul surat mie lebih berat dan tebal dari orang
lain. Guna pos laju bernilai RM6.83. Bila tok periksa
rupanya dia gagal ikut format. Dia cetak sebelah
sahaja dan tidak guna kedua-dua belah kertasnya. Dia
hantar 200 helai. MmmmÂ… nampaknya bila kita kokot
nanti, ada 4 mukasurat kosong untuk ruangan autograph.


Dokumen Nett Sampai 23/7/2004 Stem rm3.50. sampul
terbuka sikit. Ikut format. Mungkin En.Posmen cek utk
pastikan tiada VCD lucah dalam sampul :)



SEDUTAN
“Apahal pepagi buta ketok rumah aku?” tanya Tok Bomoh.
- Nordin. ms39

“Sebelum jasad aku pula dihurung sang semut-semut
kecil.” – Fajar ms32

"Tiada kes rampasan yang saya lakukan hingga dihadap
ke muka pengadilan.” – Nett ms 18.

“Doctor amik keputusan pecahkan ketubannya manually.”
- Spyz. ms8

“Malangnya, semua kerani pergi keluar dan staf lain
lalu depan pejabat aku ketika gravity memanggil
pungguku.” – Tokrimau ms25.

“Bukannya ada Makcik Senah atau Makcik Limah bangun
pukul 4 pagi uli kuprum untuk buat cipboard.” – Iza
ms48.


=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/




__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Friday, July 23, 2004

Dokumen Nett Sampai

23/7/2004 Stem rm3.50. sampul terbuka sikit. Mungkin En.Posmen cek utk pastikan tiada VCD lucah dalam sampul :)

Thursday, July 22, 2004

Dokumen Fajar Sampai

2 Dah sampai. Tinggal lagi 12.
Selamat sampai21/7/04
Fajar http://fajaronline.comCatatan: Berjaya ikut format dgn masalah marginsebelah kiri terbesar. Bakal dibetulkan oleh saya masaproses melipatdan mengokot dgn dawai nanti. Tiada stemsebab Fajar hantar guna poslaju. RM4.50 cajnya.Mempamerkan kemahiran susun atur dan gabungan grafikyang menyejukkan.

Wednesday, July 21, 2004

Teaser

Soft launch teaser posted here 0n July 21:

http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3164

Trailer / Preview / Teaser/ Gezek / Suspen / Promosi ... GANGGUAN TEKSUAL Harga RM5 Sahaja. Simpan duit dari sekarang. Ia Akan Datang Menganggu Ogos ini. Kepada yang terlibat Shhhhhhhhhh!

GT: Selamat Diterima

Mulai hari ini saya akan melaporkan setiap penerimaan
dokumen ke Gangguan Teksual.

Selamat sampai
21/7/04 Iza Latif http://iza.bluehikari.com
Catatan: Berjaya mengikut format. Beberapa helai
renyuk sedikit kerana pihak posmen cuba sumbat sampul
dalam petisurat yang agak kecil. Masih boleh dibaca.
Saya akan cuba seterika supaya licin semula :) Ada
stem gambar harimau (Panthera Tigris). Harga stem
kesemuanya adalah RM3.50.



__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - Send 10MB messages!
http://promotions.yahoo.com/new_mail

Friday, July 16, 2004

Peringatan Gangguan Teksual

RINGKASAN FORMAT
1. Kandungan Arial 8.
2. Standard Header Footer.
3. Apply your creativity on Title, Blurbs, Graphics
and layout.
4. Paper weight 50 - 80 g, Size A4.
5. Kirimkan hasilkerja saudara/i ke:
Ghazali Bunari, FPPSM, UTM 81310 SKUDAI, JOHOR.
6. Dalam sampul surat saudara/i mestilah mengandungi:
a) 100 helai kertas bercetak depan belakang dengan
hasil kerja saudara/i.
b) Sehelai sampul surat berlamat sendiri dengan stem
RM2.80



TARIKH PENTING
1. 1 Julai 2004. Tarikh akhir menerima tawaran.
2. 100 salinan (hard copy) mesti sampai kepada saya
sebelum 20 Julai 2004.
3. 15 Ogos 2004. Naskah Gangguan Teksual dikirim
kepada penulis.
4. 30 Ogos 2004. Promosi Gangguan Teksual di Internet.

=====
Tokrimau's Journal :: http://tokrimau.tk/




__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail is new and improved - Check it out!
http://promotions.yahoo.com/new_mail